Jika ada sesuatu ingin diperkatakan mengenai Kedah Darul Aman (KDA), pastinya setiap musim ramai peminat bola sepak tempatan yang tidak sabar untuk melihat pemain muda terbaru kelab tersebut untuk diperkenalkan bersama pasukan utama.
KDA pada musim ini telah mendaftarkan lima pemain muda untuk bersama skuad utama bagi mengukuhkan setiap posisi selain memberi peluang buat mereka membuktikan sesuatu dalam Liga Malaysia (Liga-M) sekiranya dibawa turun beraksi.
Lima pemain tersebut ialah Afeeq Ikmal di bahagian serangan, Fikhri Zulkiflee selaku pemain tengah serta tiga pertahanan muda iaitu Kamil Akmal, Heshamuddin Ahmad, dan Fareez Amirul Fadzil.
Menurut Aidil Sharin, pemain-pemain muda ini perlu membuktikan sesuatu sekiranya diberi peluang beraksi dan ada mentaliti untuk memajukan diri.
“Apa yang mereka perlukan adalah bersedia meningkatkan tahap kecergasan yang tinggi dan tampil dengan mentaliti tepat untuk memajukan diri dalam karier bola sepak”, tegas pengendali tersebut menerusi Arena Metro.
Tempoh hari, dua pemain muda KDA telah diberi peluang beraksi iaitu Kamil Akmal serta Afeeq Ikmal untuk memberi tenaga baharu buat pasukan selaku pemain gantian ketika berdepan Negeri Sembilan di Stadium Darul Aman.
Pemain paling mencuri tumpuan pada perlawanan tersebut terarah kepada Kamil yang masuk di separuh masa pertama bagi menggantikan khidmat Amirul Azhan di posisi pertahanan kanan.
KDA FC 2022 | KAMIL AKMAL
Pernah beraksi bersama skuad Kedah B19 menjuarai Piala Belia 2017, dari Wang Tepus, Jitra. Beraksi dalam skuad Piala Presiden KDA FC musim lepas, kini dalam skuad utama KDA FC bagi musim 2022
Its your time Kamil!#LevelUp#KDAFC #NewSigning #2022Season pic.twitter.com/oPwT4X3OVi
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) November 30, 2021
Kemasukan beliau nyata berjaya memberi impak terbaik buat KDA apabila Kamil berjaya mematikan ancaman lawan di sebelah kanan dengan baik selain memberi nilai tambah di bahagian serangan dengan tampil yakin membawa bola ke bahagian atas.
Aset pemain ini dari segi kekuatan fizikal, kepantasan, serta skil kawalan bola yang baik pastinya diberi perhatian oleh Aidil untuk menurunkan Kamil dengan lebih kerap selepas ini.
💯📄🖋️ Muhamad Kamil Akmal Abd Halim | KDA FC 2022 #levelup pic.twitter.com/lzwyhUdaVq
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) November 30, 2021
Untuk rekod, pemain berasal daripada Jitra, Kedah ini pernah menjuarai Piala Belia bersama Kedah pada edisi 2017 serta pernah mewakili Persatuan Bolasepak Melayu Kedah untuk kejohanan Piala Emas Raja-Raja.
Kamil juga pernah beraksi sebagai rakan sepasukan bersama Akhyar Rashid ketika mewakili skuad Belia Kedah selain dipilih Bojan Hodak pada tahun 2018 selaku salah seorang daripada tiga pemain muda negeri tersebut dalam senarai pemilihan skuad bawah 19 negara (B-19) di kejohanan AFF serta Piala AFC B19.
Pengalaman luas yang beliau raih sejak usia muda ini pastinya akan digunakan sebaik mungkin oleh Kamil untuk mencabar posisi pertahanan musim ini bersama KDA.
Tampilnya pemain muda tersebut yang beraksi konsisten pada perlawanan itu pastinya sedikit sebanyak melegakan hati para peminat setelah KDA sudah agak lama menyepi untuk memperkenalkan pemain muda baharu mereka.
Moga Kamil terus konsisten serta para pemain muda lain pula terus diberi peluang oleh Aidil selepas ini untuk beraksi sekiranya pemain senior masih gagal mempamerkan sesuatu yang positif.