Walaupun masih segar akan kekalahan di tangan Petaling Jaya City baru-baru ini di gelanggang lawan, Muhammad Hafizal Mohamad enggan memikirkan perkara tersebut dan kini mahu fokus dalam aksi untuk menundukkan skuad pencabar kejuaraan Liga Super musim ini iaitu Johor Darul Takzim.
Pertemuan kedua pasukan ini bakal diadakan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Ahad ini dan pastinya aksi sengit bakal ditampilkan sepanjang perlawanan berlangsung selama 90 minit.
🏴🏳️ PERLAWANAN #MSL2022 SETERUSNYA : JOHOR DARUL TA'ZIM VS TERENGGANU FC 🏴🏳️
Johor Darul Ta'zim vs Terengganu FC
📅 10 April 2022
⏰ 10.00 Malam
🏟 Stadium Sultan Ibrahim #TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/nt1hlliMqQ— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) April 7, 2022
Menurut Hafizal, beliau nekad untuk kembali bangkit dari kekecewaan perlawanan lalu dengan membantu Terengganu untuk sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata dari tempat lawan walaupun sedar cabaran getir yang bakal dihadapi mereka pada aksi tersebut.
Jelas pemain berusia 29 tahun itu, tiada yang mustahil dalam kamus bola sepak apabila sejarah musim lalu membuktikan Terengganu mampu mencipta kejutan setelah menewaskan JDT dengan jaringan tunggal, Hakimi Abdullah.
📈 TFC STATS : "MOST DISTANCE COVERED"
Pemain pertahanan kanan pasukan TFC, Hafizal Mohamad mencatatkan jarak kawalan permainan paling tinggi dengan jarak 12.78 KM. Pemain kedua yang mencatatkan jarak tertinggi adalah pemain pertahanan kiri, Arif Fadzilah dengan jarak 12.34 KM. pic.twitter.com/QgJQVTV4uF
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) September 6, 2020
Tambahan lagi, para pemain Terengganu kini berada dalam motivasi yang tinggi untuk mencatat kemenangan sulung dalam aksi Liga Super tahun ini setelah bermula dengan langkah kiri sewaktu tewas di tangan PJ City pada Rabu lalu.
“Kami yakin aksi bertemu dengan JDT nanti dapat memberikan persembahan yang terbaik dengan sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata ke bumi Terengganu.
“Walaupun perlawanan itu dilihat sukar buat kami lebih-lebih lagi beraksi di stadium keramat mereka di tambah skuad itu konsisten, tapi kami akan cuba untuk mengulangi sejarah musim lalu dengan corak permainan sebenar.
“Tambahan pula saya dan rakan sepasukan sudah bersedia untuk bertarung dalam aksi kedua itu dengan masing-masing bertekad mahu memperbaiki kelemahan yang ada bagi meningkat lagi mutu permainan,” katanya ketika dihubungi oleh Arena Metro.
Hafizal jelas tidak berpuas hati mengenai aksi permainannya pada Rabu lalu dalam aksi menentang PJ City sehingga lawan mudah merosakkan struktur pertahanan pasukan dengan mudah di separuh masa pertama.
Untuk itu, bekas pemain Harimau Muda tersebut nekad untuk bangkit dalam perlawanan Ahad ini dengan aksi yang lebih baik pada aksi akan datang.
Selain itu, Hafizal juga akui mengenai diri beliau dan rakan sepasukan yang sudah memberikan segalanya dalam aksi sebelum ini , namun nasib tidak menyebelahi mereka untuk mendapatkan sebarang mata.
Ikuti kami di TikTok!
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!