Bukan Hanya Kuasai Takhta, 5 ‘Top Passer’ Liga Super Adalah Dari JDT & Kedah

'Top Passer' Liga Super Mac 2022

Ketika ini, dua pasukan sedang merajai saingan Liga Super 2022 iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah Darul Aman dengan sembilan mata dan pemain mereka juga menerajui takhta ‘top passer’ untuk dua minggu awal.

Data yang dikeluarkan oleh Data Sukan ini adalah berdasarkan dua aksi awal pada Mac lalu yang merangkumi jumlah hantaran dan hantaran lengkap. Bukan sahaja didominasi pemain JDT dan Kedah, malah tiga pemain merupakan bek tengah. Mengapa bek tengah berapa dalam senarai pemain terbanyak membuat hantaran?

Di era kini, bek tengah bukan sahaja perlu membuat kerja-kerja bertahan seperti puluhan tahun lalu, malah di kelab-kelab besar dunia, pertahanan juga harus memiliki kemampuan mengawal bola dan membuat hantaran.

Berbanding untuk terus mengeluarkan bola sebagaimana kelaziman pemain pertahanan di era dahulu, dengan mengawal dan membuat hantaran akan lebih membantu pasukan untuk mengekalkan penguasaan bola.

Pemain tengah JDT yang merupakan tonggak utama musim ini, Natxo Insa mengetuai senarai tersebut dengan telah membuat 168 hantaran dengan lebih 90 peratus berjaya dilengkapkannya. Sayangnya pemain sebegini tidak mahu bersama skuad kebangsaan. Jika tidak, tentunya beliau adalah aset terbaik Harimau Malaya.

Mengatasi Natxo Insa dari sudut peratus hantaran dilengkapkan iaitu sebanyak 92 peratus, sang jeneral yang baharu menyertai Kedah daripada Terengganu FC, Dechi Marcel berada di kedudukan kedua dengan telah melakar sebanyak 162 hantaran – hanya kurang enam daripada pemain kacukan Malaysia-Sepanyol itu.

Jika dilihatkan kepada minit permainan di antara mereka, Dechi Marcel merekodkan 266 minit permainan – lebih 10 minit berbanding Natxo Insa. Kedua-dua mereka beraksi dalam ketiga-tiga perlawanan setakat ini.

Dan baki tiga pemain inilah yang menarik pehatian apabila ketiga-tiganya adalah bek tengah kepada pasukan. Di kedudukan ketiga Shane Lowry yang membuat 124 hantaran, diikuti pertahanan Kedah, Rodney Celvin dengan 113 hantaran dan seorang lagi pertahanan import JDT, Carli de Murga yang telah membuat 106 hantaran.

Untuk Shane Lowry dan Carli de Murga, sistem permainan JDT yang menggunakan formasi tiga bek tengah menyaksikan mereka mungkin perlu banyak memegang bola untuk membina asakan dari bawah. Begitu juga dengan Rodney Calvin, mungkin beliau adalah tunjang utama untuk sebarang asakan dibina oleh Sang Kenari.

Daripada lima pemain tersebut, dua pemain boleh dipanggil untuk bersama skuad kebangsaan. Namun, dengan Natxo Insa yang mungkin tidak berminat selepas sekali penampilannya pada 2018, Rodney Celvin masih kekal misteri mengapa tiada seorang jurulatih skuad kebangsaan yang berminat dengan permainannya sehingga kini?

Begitupun, ini hanyalah statistik daripada dua perlawanan. Kita akan melihat semula dari sudut yang lebih baik selepas lebih banyak aksi liga berlangsung. Apa pandangan anda tentang 5 ‘Top Passer’ Liga Super 2022 ini?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN