“Kami Tidak Curi Apa-Apa” – Christophe Gamel Yakin Sri Pahang Mampu Kejutkan JDT Jika Tidak Kerana Penalti Kontroversi

“Kami [Sri Pahang FC] tidak mencuri apa-apa, kami bekerja keras untuk mendapatkannya [mata]!”. Demikianlah kenyataan dan respon ketua jurulatih Sri Pahang, Christophe Gamel selepas barisan anak buahnya berjaya membawa pulang satu mata dari perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim pada malam tadi.

Dalam perlawanan Liga Super Malaysia (MSL) yang berlangsung pada malam tadi Sri Pahang menjadi pasukan pertama pada musim ini yang berjaya memperolehi mata dalam perlawanan menentang juara lapan kali MSL berturut-turut itu.

Respon daripada Gamel itu tiba selepas media rasmi Sri Pahang sendiri memuat naik kejayaan memperolehi satu mata tersebut di Twitter.

“Kita berjaya mencuri satu mata daripada pendahulu liga. Usaha yang amat baik daripada pemain.” ujar ciapan tersebut.

Ia kemudiannya dibalas oleh Gamel yang berpendapat ia bukan satu mata yang dicuri semata-mata daripada perlawanan di tempat lawan.

“Kami tidak mencuri apa-apa, kami bekerja keras untuk mendapatkannya! Ia boleh lebih daripada itu [kemenangan] jika tidak kerana penalti kontroversi pada minit akhir perlawanan.

“Sangat berbangga dengan pemain, kakitangan, dan semua pekerja SPFC. Mata ini didedikasikan khas untuk Tunku Mahkota [Pahang] dan lembaga pengarah [kelab]. Hogoh Pahang Hogoh,” tulis beliau di Twitter.

Sri Pahang hampir mencipta kejutan dalam perlawanan pada malam tadi apabila mendahului JDT dengan jaringan 2-1 pada babak pertama perlawanan.

JDT terlebih dahulu membuka tirai jaringan untuk gol pendahulan pada minit ke-17 perlawanan hasil rembatan kencang Bergson da Silva di dalam kotak penalti.

Skuad Tok Gajah kemudian bangkit menyamakan kedudukan melalui jaringan Saiful Jamaludin pada minit ke-38, sebelum berada di hadapan pada minit ke-42 melalui sepakan penalti Manuel Hidalgo – juga penalti yang kelihatan agak kontroversi diberikan pengadil.

Babak kedua perlawanan menyaksikan JDT melakukan tekanan untuk memburu gol penyamaan dan akhirnya berjaya melakukannya pada minit ke-88 melalui sepakan penalti yang disempurnakan Bergson.

Sepakan tersebut diberikan pengadil perlawanan selepas Bergson dijatuhkan oleh Hasnul Zaim di dalam kotak penalti, dan mendapat bantahan keras barisan pemain Sri Pahang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN