“Kami Tak Takut Pada Sesiapa” – Kipre Tchetche Tak ‘Goyang’ Siapa Pun Pertahanan JDT

Kipre Tchetche Terengganu Piala FA 2022

Kapten Terengganu, Kipre Tchetche jelas tidak mahu pasukannya tertekan menjelang perlawanan akhir Piala FA Malaysia 2022 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini.

Dalam sidang media pra-perlawanan, penyerang berusia 34 tahun itu melaungkan keyakinan bahawa beliau dan rakan sepasukannya sama sekali tidak gentar untuk berhadapan dengan lawan yang dianggap mempunyai kelebihan di setiap posisi terutamanya bahagian pertahanan.

Setakat ni skuad kendalian Hector Bidoglio itu hanya bolos sembilan gol daripada 20 perlawanan di peringkat domestik dan ia merupakan rekod pertahanan terbaik untuk pasukan tempatan pada musim ini.

Namun Kipre tetap beranggapan rekod tersebut tidak memberi apa-apa makna kerana kedua-dua pasukan yang beraksi beraksi di perlawanan akhir mempunyai peluang yang sama untuk mencipta jaringan.

“Apa yang saya boleh cakap, mereka mempunyai barisan pertahanan yang baik. Tak mudah untuk memecahkan pertahanan mereka dan tak banyak gol yang mereka lepaskan,” ujar pemain import dari Ivory Coast tersebut.

“Jadi kami perlu perhatikan bagaimana cara mereka bermain, apatah lagi mereka mempunyai banyak pemain berpengalaman.

“Tetapi ini adalah final di mana peluang kedua-dua pasukan terbahagi 50 – 50. Jadi saya rasa kami juga ada peluang, apa yang penting dalam perlawanan akhir kami perlu lebih klinikal, jika dapat peluang kami perlu terjamahkannya kerana tak banyak peluang yang akan hadir.

“Bermain sebagai satu pasukan, saya tak pandang pemain lawan secara individu, jadi untuk memecahkan pertahanan mereka kami perlu fikir sebagai sebuah pasukan. Walaupun pertahanan mereka semunya bagus secara individu, saya hormati mereka. Tetapi kami tak takutkan sesiapa.”

Ketika ditanya mengenai kepentingan perlawanan akhir ini selepas kembali ke Terengganu buat kali kedua dalam kariernya, Kipre jelas tidak mahu kekecewaan yang dihadapi pada empat tahun lalu ketika tewas dalam aksi final Piala Malaysia berulang kembali.

“Saya bersyukur dapat beraksi dalam final untuk pasukan yang sama. Yang pertama dahulu kami cuma tewas tipis, mungkin kerana kurang pengalaman, tetapi kami telah belajar dan tidak akan melakukan kesilapan yang sama,” tambah Kipre lagi.

“Saya juga gembira kerana bukan hanya saya sahaja yang berdepan pengalaman itu, Faiz [Nasir] juga ada bersama. Apa yang penting adalah apa yang sudah berlalu, dalam bola sepak kita hanya bercakap apa yang berlaku sekarang, sejarah itu kita ketepikan dahulu.

“Sebelum kami sampai ke peringkat ini, kami sudah mendapat cukup banyak pengalaman, jadi kami teruja untuk berjuang untuk memenangi kejohanan kali ini kerana amat penting untuk setiap pemain mendapatkan kejuaraan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN