“Kami Sedang Menanti Kelibat Ifedayo” – Pengurus Melaka United

Melaka United antara pasukan yang banyak mencuri tumpuan pada pramusim ini dengan menandatangani pemain baharu, jurulatih baharu, serta giat merangka persiapan pasukan yang setakat ini dilihat berjalan dengan sangat lancar.

Risto Vidakovic selaku pengendali baharu Melaka United dilihat sibuk menyusun atur para pemain beliau dalam membentuk pasukan yang mantap menjelang pembukaan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2022 tidak lama sahaja lagi.

Jelas Muhammad Akram Abdullah selaku pengurus Melaka United, setakat ini segala persiapan yang dibuat sangat kemas dan teliti selain para pemain dapat mengikuti segala perancangan yang dibuat jurulatih dengan baik.

Beliau juga melaungkan keyakinan mengenai pasukan Melaka mampu menghadapi perlawanan pertama Liga Super nanti sewaktu menentang PJ City dengan baik jika semua pemain kekal memberi fokus sepenuhnya dalam latihan menjelang aksi pada 5 Mac depan.

Menurut Akram, menerusi penelitian dan penilaian para pemain yang baik dilihat mampu menggarap perencanaan dan strategi pengendali import dari Serbia itu sepanjang sesi latihan berlangsung.

Beliau juga mengingatkan kepada pemain Melaka United untuk menterjemahkan segala yang direncanakan jurulatih itu dengan baik dalam perlawanan sebenar nanti.

“Daripada lima pemain import empat sudah bersama menyertai latihan pasukan dan kami masih menantikan kehadiran Ifedayo Olusegun yang dijangka menyertai pasukan dalam masa terdekat.

“Kehadirannya mampu memberi nilai tambah kepada kekuatan sebenar pasukan sekali gus membolehkan lebih banyak pilihan buat jurulatih,” katanya pada Harian Metro.

Setakat ini menurut Akram, mereka sedang menyusun atur beberapa siri perlawanan persahabatan sebelum saingan Liga Super bermula terutama sekali dalam menajamkan segala aspek pasukan termasuk persembahan setiap posisi selain membina pasukan yang lebih tersusun.

Akram berkata, setakat ini beberapa pasukan yang bakal menjadi ujian mereka ialah Johor Darul Takzim, Terengganu, dan, Selangor tidak lama lagi.

Ulas Akram, perlawanan tersebut bakal memberi gambaran awal untuk menyaksikan komitmen para pemain bagi menterjemahkan segala taktikal yang telah diterapkan oleh Vidakovic.

Setakat ini Melaka United telah menandatangani tiga import baharu untuk memperkuatkan pasukan selain mengekalkan dua tonggak musim lalu iaitu Sonny Norde dan Adriano Narcizo.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN