Lupakan Kisah Ifedayo, Kini Masa Untuk Buka Cerita Hyuri Henrique

Hyuri Henrique

Keitbaan pemain baharu Selangor, Hyuri Henrique dianggap sebagai permulaan baharu buat pasukan itu selepas ditinggalkan oleh mantan penyerang – Ifedayo Olusegun.

Malah, tidak keterlaluan untuk pemain baharu itu mahu semua pihak tidak terlalu terikat dengan kisah lalu yang indah dibawa penyerang Nigeria itu sebaliknya bergerak bersamanya menuju kejayaan.

Hyuri menyedari tugas yang cukup besar perlu diisi oleh beliau bagi menggantikan Ifedayo yang sememangnya merupakan pemain kegemaran penyokong Selangor untuk beberapa musim yang lalu.

Untuk rekod, Ifedayo meninggalkan Selangor sebagai penjaring terbaik Liga Super 2021 dengan 26 gol.

“Saya kagum dengan prestasi yang ditunjukkan beliau [Ifedayo], tetapi tiada guna untuk mana-mana pasukan terlalu kenangkan sumbangan pemain terdahulu.”

“Apa yang boleh dibuat adalah kita perlu segera buka lembaran baharu engan pemain yang ada.”

Hyuri sedar yang tugasnya bersama-sama Selangor pastinya sukar kerana sudah pastinya beliau akan diharapkan oleh penyokong untuk memberikan kejuaraan yang kali terakhir dimenangi pada 2015.

Namun Hyuri tidak bimbang kerana melihat kepada pemain-pemain baharu yang direkrut pasukan, pastinya tiada masalah untuk Selangor mencabar kejuaraan.

Hyuri melihat yang potensi kegemilangan Selangor boleh dikembalikan apabila pemain berkaliber seperti Herlison Caion berjaya didapatkan oleh Gergasi Merah.

“Beliau sudah terbukti di Thailand dan Herlison menunjukkan kualiti yang agak baik.”

“Dengan gabungan pemain senior dan muda, pastinya sesuatu dapat dihasilkan oleh pasukan.”

Selangor musim ini mengambil jalan berbeza dari segi pemain import dengan mendapatkan dua pemain Arab serta Hyuri dan Carlison sendiri.

Hanya Safuwan Baharuddin sahaja pemain import yang dikekalkan dari skuad musim lalu.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN