Sarawak United bakal menghadapi satu lagi perlawanan sukar mereka malam ini apabila bakal menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam ini bagi aksi pusingan kedua Piala FA.
Walaupun sebelum ini Sarawak mencatat kekalahan besar di tangan pasukan sama di saingan Liga Super, jelas malam ini skuad kendalian B. Satiananthan pastinya mempunyai rencana tersendiri bagi mengelak episod lama berulang.
⚫🔴🟡
MATCHDAY
2nd Round Piala FA Malaysia 2022
Kick off 815pm.#kutakkanberhenti #sarawakunitedfc #encangsampechampion #kitajuara #goldenhornbill #bringbackourglory pic.twitter.com/6NYR9w4S4B— SARAWAK UNITED FC (@sufc_rasmi) May 14, 2022
Hadir dengan motivasi tinggi selepas menewaskan Sri Pahang dalam aksi Liga Super, pastinya Sarawak enggan sekadar berputih mata di gelanggang lawan untuk lebih awal menamatkan perjuangan mereka malam ini di tangan JDT.
Penyerang Sarawak iaitu Nur Shamie Iszuan Amin menyifatkan penyerang baharu JDT, Fernando Forestieri sebagai suatu ancaman yang perlu diawasi oleh barisan pertahanan untuk mengelakkan gawang gol dibolosi.
Menurut beliau, tuan rumah pastinya bakal menurunkan barisan pemain terbaik bagi menghadapi Sarawak untuk memastikan mereka layak ke peringkat suku akhir.
Namun, Shamie juga menegaskan mereka hadir kali ini dengan lebih bersedia berbanding perlawanan lalu terutama sekali untuk mengekang pergerakan pemain-pemain import lawan terutama sekali Forestieri.
Menurut Shamie lagi, beliau berpandangan Forestieri kini sebagai salah seorang penyerang yang sangat berbahaya jika tidak dirantai dengan baik dan beliau percaya rakan sepasukan lain mampu mencipta sesuatu jika mengekalkan disiplin dalam permainan.
⚫🔴🟡
📸Sri Pahang FC vs Sarawak United FC #kutakkanberhenti #sarawakunitedfc #encangsampechampion #kitajuara #goldenhornbill #bringbackourglory pic.twitter.com/dhAjUNmEgY— SARAWAK UNITED FC (@sufc_rasmi) May 12, 2022
“Kami datang ke Johor berdepan JDT bukan untuk kalah, walaupun kita tahu mereka bukan mudah untuk ditewaskan lagi-lagi bermain di laman sendiri.
“Tetapi kami akan cuba buat yang terbaik dan apa-apa sahaja boleh and berlaku dalam tempoh 90 minit perlawanan.
“Kami akan memberi lebih tumpuan kepada beberapa pemain mereka seperti Forestieri sebab kita tahu dia memang seorang pemain yang mempunyai larian pantas dan ada teknik yang cikup baik.
“Tetapi kalau kami lebih berdisiplin malam esok, tidak mustahil kita akan dapat mengawasi dengan lebih baik pemain-pemain mereka malam esok”, katanya menerusi laman web rasmi MFL.
Ikuti kami di TikTok!
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!