Thailand buat pertama kali mencipta kejutan dalam saingan Piala AFF 2022, selepas mereka tewas di tangan Malaysia untuk aksi separuh akhir pusingan pertama.
Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) itu, skuad kendalian Mano Polking jelas gagal untuk mendapatkan sebarang gol walaupun tampil serba baik.
#ChangsuekLive Full Time หมดเวลาการเเข่งขัน ฟุตบอลชิงแชมป์อาเซียน 2022 รอบรองชนะเลิศ นัดแรก
🇲🇾 ทีมชาติมาเลเซีย 1-0 ทีมชาติไทย 🇹🇭
#ช้างศึก #ทีมชาติไทย #บอลไทย #ฟุตบอลไทย #ฟุตบอลชิงแชมป์อาเซียน2022 #AFFMitsubishiElectricCup2022 #ผลบอล pic.twitter.com/pxck3I6vfT— Changsuek – ฟุตบอลทีมชาติไทย (@Changsuek_TH) January 7, 2023
Pengendali kelahiran Jerman itu jelas agak terkejut dengan situasi yang dihadapi pasukannya setelah mencatat kekalahan pertama kali untuk aksi ini.
Menurut beliau, para pemainnya sudah pun memberi dengan segalanya yang termampu untuk mengatasi Malaysia, namun Polking akur dengan keputusan tersebut dan menganggap ini lumrah bola sepak.
“Perlawanan yang sangat baik dipamerkan oleh Malaysia, dan tentunya mereka mendapat sorakan yang padu daripada para penyokong.
“Kami mencuba segalanya, mencipta peluang, dan mengawal, tetapi kami tewas,” jelas pengendali tersebut dengan riak yang agak kecewa.
Pada masa sama, Polking turut ditanya mengenai peluang 90 minit lagi aksi seterusnya di laman sendiri sambil dikelilingi penyokong mereka untuk menghadapi Malaysia.
“Kami percaya kebangkitan akan dapat dibuat pada perlawanan seterusnya. Malaysia sangat bagus dari segi serangan balas.
“Kami tampil dengan pelan tersendiri untuk mendominasi perlawanan dan akan meneruskannya untuk aksi selepas ini,” terang beliau.
#ChangsuekLive ภาพบรรยากาศการแข่งขันในครึ่งเวลาหลัง ฟุตบอลชิงแชมป์อาเซียน 2022 รอบรองชนะเลิศ นัดแรก
🇲🇾 ทีมชาติมาเลเซีย 1-0 ทีมชาติไทย 🇹🇭
#ช้างศึก #ทีมชาติไทย #บอลไทย #ฟุตบอลไทย #ฟุตบอลชิงแชมป์อาเซียน2022 #AFFMitsubishiElectricCup2022 #ผลบอล pic.twitter.com/NqgmS0yAZK— Changsuek – ฟุตบอลทีมชาติไทย (@Changsuek_TH) January 7, 2023
Pada perlawanan tersebut, Malaysia berjaya mengekang segala asakan pelawat dengan sangat baik menerusi corak permainan bertahan yang berdisiplin selepas mendapat gol pertama mereka.
Tidak seperti kebiasaan, Malaysia tampil beraksi menerusi siri serangan balas pantas untuk mendapatkan gol yang dicari dan gerakan itu beberapa kali hampir menghasilkan gol buat negara.
Walaupun begitu seperti dikatakan Polking selepas perlawanan, mereka sudah menyatakan ingin kembali bangkit di laman sendiri.
Maka, ia menjadi suatu tugas sukar untuk Kim Pan-gon mencipta formula baharu agar mampu terus memerangkap pasukan lawan.
Aksi seterusnya dijadualkan bakal berlangsung pada 10 Januari ini di Stadium Thammasat untuk perlawanan timbal balik kedua Piala AFF 2022.
🎙 𝗣𝗥𝗘𝗦𝗦 𝗖𝗢𝗡𝗙𝗘𝗥𝗘𝗡𝗖𝗘 🗣️ มาโน่ โพลกิ้ง เฮดโค้ชทีมชาติไทย 🇹🇭 กล่าวหลังจบเกมบุกแพ้ มาเลเซีย 0-1 ในศึก #ฟุตบอลชิงแชมป์อาเซียน2022 รอบรองชนะเลิศ นัดแรก
อ่านเพิ่มเติม : https://t.co/YJbfycxqcJ#ช้างศึก #ทีมชาติไทย #บอลไทย #ฟุตบอลไทย #AFFMitsubishiElectricCup2022 pic.twitter.com/JJ8VAgSZOa
— Changsuek – ฟุตบอลทีมชาติไทย (@Changsuek_TH) January 7, 2023
Sebagai juara edisi lalu, Thailand pastinya tidak rela terus menjadi mangsa kepada skuad kendalian Pan-gon yang sangat bagus ketika ini.