Ucapan Penuh Emosi Faisal Halim Buat Penyokong Rasa Bangga Dan Terharu

Faisal Abdul Halim muncul wira skuad Harimau Malaya selepas kejayaan beliau menjaringkan gol kemenangan Malaysia menewaskan Thailand 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam semalam.

Bintang baru Selangor FC itu tidak dinafikan lagi sememangnya antara pemain terpenting dalam sistem kendalian Kim Pan-gon pada ketika ini.

Sehingga aksi leg pertama peringkat separuh akhir di kejohanan AFF Mitsubishi Elektrik 2022, Faisal Halim berjaya menduduki kedudukan kedua penjaring terbanyak dengan meledak empat gol.

Beliau hanya satu gol sahaja dibelakang calon pemenang kasut emas pada tahun ini, Teerasil Dangda yang sudah meledak 5 gol untuk skuad kebangsaan Thailand.

Lebih manis untuk Faisal, beliau berjaya menjaringkan gol penting untuk skuad Harimau Malaya itu tepat pada hari jadinya yang ke-25.

Para penyokong terutama Ultras Malaya telah menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Faisal selepas tamat perlawanan tersebut dengan bintang Selangor itu turut dihadiahkan sehelai baju.

Semangat juang yang beliau tunjukkan di atas padang benar-benar menarik perhatian peminat dengan beliau kini dianggap sebagai pemain paling disayangi ramai.

Bekas bintang Terengganu itu juga merupakan antara pemain paling konsisten dan tidak keterlaluan untuk katakan yang beliau punca Malaysia berada di peringkat separuh akhir saingan AFF tahun ini.

Bercakap selepas tamat perlawanan, Faisal Halim telah memberikan ucapan penuh beremosi yang membuatkan para penyokong rasa bangga dan terharu.

“Saya bangga penyokong sanggup datang walaupun tiada orang yang meletakkan harapan tinggi ke atas kita dan ada orang komen macam-macam di media sosial, tapi ini kami semangat, kami satu pasukan, coaches, Dato Hamidin, kami bersatu untuk rakyat Malaysia.”

Jelas Faisal Halim penuh semangat.

“Rezki daripada Allah, sekiranya kami layak ke final ataupun tidak, kami cuba buat yang terbaik untuk banggakan rakyat Malaysia.”

Dan kata-kata beliau yang paling membuatkan peminat terkesan serta terharu adalah ketika beliau menyatakan:

“Kami bukanlah pemain-pemain pilihan anda, tapi kami bekerja keras untuk aaaaa bagi anda gembira.”

Kata-kata dari Faisal Halim itu benar-benar membuatkan peminat rasa terharu dan rata-rata dari mereka sangat bangga dengan pemain penyerang itu.

Para peminat juga sangat berharap agar Faisal Halim akan mampu terus konsisten dan membantu Malaysia untuk layak ke perlawanan akhir seterusnya menjadi Juara saingan AFF pada tahun ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN