Setelah mencatat kekalahan besar buat julung kalinya musim ini dalam saingan ACL, jelas Johor Darul Ta’zim pastinya bertekad untuk kembali bangkit dan menghidupkan semula peluang melayakkan diri dalam pusingan seterusnya.
Pada aksi lalu, skuad kendalian Benjamin Mora gagal untuk mengulangi kejayaan mengikat Kawasaki Frontale apabila pertemuan kali kedua jelas memberi mimpi buruk buat JDT setelah dibelasah dengan keputusan 5-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
2022 AFC CHAMPIONS LEAGUE
Full Time
JDT [0-5] KAWASAKI FRONTALE
(Yasuto Wakizaka 14' / Yu Kobayashi 31', 43' / Marcinho 81' / Chanathip Songkrasin 88')More photos at https://t.co/CDygNRqJ96…#JDTvKWF#AFCChampionsLeague#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/uHraXO4gf7
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) April 24, 2022
Menurut Mora, ketika ini pasukannya dalam fokus mempersiapkan diri bagi berhadapan Guangzhou FC malam esok untuk kembali bangkit dalam aksi peringkat Kumpulan I di stadium yang sama.
Pengendali tersebut jelas enggan memikirkan mengenai aksi pertemuan Ulsan Hyundai dan Kawasaki Frontale ketika kedua pasukan itu juga berpeluang untuk merebut takhta kumpulan dan kedudukan kedua dalam Kumpulan I.
Berdasarkan format perlawanan saingan ACL membabitkan Zon Timur, juara Kumpulan F, G, H, I dan J akan layak ke pusingan seterusnya manakala hanya tiga pasukan tempat kedua yang memiliki mata dan jaringan terbaik akan mengiringi juara kumpulan.
Untuk itu, Mora tekad untuk memburu tiga mata penuh pada aksi menentang skuad kendalian Pan Hongye dengan memberi fokus sepenuhnya mempersiapkan pasukan yang yang mantap sebelum aksi terakhir mereka pada Sabtu ini menentang Ulsan Hyundai.
PRESS CONFERENCE | GUANGZHOU FC VS JDT
More photos at https://t.co/DWNLjENCAi#GUAvJDT#AFCChampionsLeague#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/NGhJoTy2l1
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) April 26, 2022
“Ketika ini, kami terikat tujuh mata dengan Ulsan Hyundai, jadi kami perlu mengutip enam dalam dua perlawanan terakhir ini dan selepas itu melihat peluang untuk layak.
“Kami akan mengubah nasib selepas tewas 5-0 kepada Kawasaki Frontale, baru-baru ini dan kali ini menentang Guangzhou FC yang pernah kami tewaskan 5-0.
“Kami optimis mampu mengulangi kemenangan itu dengan skuad besar 35 pemain membabitkan pemain import, pemain berpengalaman serta pemain muda. Jadi, kami akan memberi peluang kepada yang berada di prestasi terbaik untuk turun beraksi,” katanya pada sidang media menerusi Arena Metro.
Selain itu, Farizal Marlias juga mengakui persiapan pasukan berjalan lancar dan mereka berada pada tahap yang terbaik bagi berdepan wakil dari China itu untuk memungut tiga mata penuh.
Absolute squad vibes! We keep working… 🔴🔵
More photos at https://t.co/UmastX5wkj#TrainingSession#AFCChampionsLeague#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/cOt60gHxlt
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) April 25, 2022
“Kami masih ada peluang untuk layak dengan syarat menang semua baki perlawanan menentang Guangzhou dan Ulsan Hyundai.
“Kami bertekad untuk melakukan tugas ini sebaik mungkin dan melupakan kekalahan kepada Kawasaki Frontale,” katanya.
Ikuti kami di TikTok!
Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.
Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!