“Tahniah Goulon!” – K. Devan Sifatkan Pemain Ini Berjaya Bimbing Pertahanan Negeri Sembilan

Pertahanan import kental iaitu Herold Goulon kini antara pemain yang sedang menikmati awal musim terbaik dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) apabila beliau tampil dengan konsistensi terbaik dalam setiap perlawanan bersama Negeri Sembilan.

Terbaharu, beliau berjaya menjaringkan dua gol kemenangan buat pasukannya untuk terus meraih tiga mata penting dalam saingan Liga Super musim 2022 apabila Negeri Sembilan mengekalkan rekod tanpa kalah dengan menjadikan Kuala Lumpur City pula sebagai mangsa mereka dalam aksi yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Dalam perlawanan tersebut, Negeri Sembilan berjaya menafikan cabaran pasukan pelawat dengan meraih tiga mata penuh dengan keputusan 2-1 hasil jaringan pemain import mereka iaitu Herold Goulon pada minit ke-46 dan 75. Sementara gol tunggal KL City pula terhasil menerusi gol sendiri pemain tuan rumah iaitu Sean Selvaraj pada minit ke-75.

“Jaringan pertama menerusi ‘set piece’ yang dilakukan Goulon malam ini (malam tadi) bukan sesuatu yang magis, tetapi memang pemain dilatih melakukan penyudah tepat dalam apa juga situasi.

“Dia pemain pertahanan yang begitu berpengalaman dan bukan sahaja berjaya membimbing bahagian bawah tetapi juga membantu pasukan mendapatkan gol. Setakat ini dia sudah menjaringkan empat gol termasuk melalui ‘set piece’.

“Jaringannya adalah jaringan kemenangan, tahniah kepada Goulon dan semua pemain yang memberikan komitmen tinggi serta beraksi amat baik,” katanya selepas perlawanan menerusi Berita Harian.

Dalam masa sama, Bojan Hodak selaku pengendali KL City mengakui punca kekalahan mereka adalah disebabkan para pemain yang gagal untuk memanfaatkan setiap peluang terhidang bagi meledak gol sekali gus menjadi penyumbang atas kekalahan tersebut.

“Kami berjaya mencipta lebih peluang untuk mendapatkan gol tapi gagal menyudahkan terutama selepas menguasai permainan pada babak pertama.

“Namun, saya akur kami kalah kerana Negeri Sembilan beraksi lebih baik,” katanya.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN