Pengadil – tiada siapa yang mahu menjadinya. Tetapi tanpa mereka, bola sepak profesional takkan wujud.
Pengadil bukan sahaja menjadi sasaran ejekan dan makian daripada penyokong, pemain dan pihak pengurusan pasukan, malah turut perlu menjadi individu paling cergas di atas padang – melebihi tahap kecergasan pemain!
Baru-baru ini liga bola sepak Amerika Syarikat, Major League Soccer memasang kamera di kepala Allen Chapman, pengadil perlawanan MLS All Star menentang Real Madrid – dan hasilnya amat menakjubkan.
Untuk melihat video yang sudah distabilkan, anda boleh melihat video di bawah:
Dalam video tersebut, anda dapat melihat betapa sukarnya menjadi pengadil.
Bukan sahaja anda perlu berlari purata 10-13km (pemain secara puratanya berlari sejauh 11.2km) dalam setiap perlawanan, malah anda perlu membuat keputusan pantas di bawah tekanan Lucas Vazquez, Toni Kroos dan puluhan ribu penyokong di stadium.
Video ini ibarat versi baru iklan Nike pada tahun 2008, Take It To The Next Level yang diarah oleh Guy Ritchie. Iklan tersebut menunjukkan suka duka bola sepak dari perspektif pemain.
Sebagai rekod, perlawanan pra-musim ini dimenangi oleh Real Madrid hasil penentuan sepakan penalti (4-2) selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam aksi 90 minit.