Nampak gayanya, sekali lagi Kalidou Koulibaly menjadi pemain tumpuan kelab-kelab utama Eropah pada jendela perpindahan ini.
Pemain pertahanan Napoli itu sekali lagi menjadi buruan beberapa pasukan terutamanya di Premier League.
Menurut laporan Daily Express, Koulibaly kini diburu oleh Chelsea dan Manchester United dalam usaha kedua-dua pasukan itu mahu memperbaik mutu pertahanan mereka.
Namun begitu, Koulibaly dilihat telah memberikan gambaran kepada dua kelab tersebut.
Beliau berkata yang setakat ini dirinya hanya dapat membayangkan saat-saat bermain di Itali sahaja.
“Kita tak tahu apa yang berlaku di masa hadapan.”
“Saya tidak pernah cakap dengan Napoli untuk meninggalkan kelab. Jika ada solusi maka kita akan cari jalan penyelesaiannya.”
Kata Koulibaly, beliau tidak pernah sekali pun berbincang dengan Napoli untuk pergi meninggalkan kelab tersebut.
Beliau menambah yang komitmennya kini hanya untuk kelab Itali itu, dan jelas sekali khabar angin yang mengaitkan dirinya dengan mana-mana kelab di Eropah.
Buat masa sekarang, Koulibaly hanya menantikan pihak kelab untuk menyambung kontraknya sekiranya ada.
“Jika kontrak saya disambung oleh pihak kelab, ianya boleh membantu saya untuk menamatkan karier di sini.”
Nama Koulibaly jelas sekali menjadi buruan banyak kelab di Eropah untuk sekian lamanya dengan Premier League menjadi destinasi pontensi untuk pemain itu tiba.
Frank Lampard mahu membaiki benteng pertahanan Chelsea yang dilihat sebagai punca tidak konsistennya mereka dalam saingan liga musim ini.
Ole Gunnar Solskjaer pula ingin mendapatkan pasangan buat Harry Maguire di bahagian pertahanan tengah Manchester United.