Mungkin agak janggal untuk melihat pasukan gergasi Eropah seperti Real Madrid langsung tidak berbelanja untuk mendapatkan pemain baharu sepanjang jendela perpindahan musim panas yang telah ditutup. Ia berlaku buat kali pertama dalam 40 tahun.
Laporan media Sepanyol mengatakan keadaan tersebut antaranya berpunca daripada impak kewangan yang melanda kelab La Liga berkenaan ekoran pandemik COVID-19.
Ia sekaligus agak mengecewakan pengurus Zinedine Zidane yang terpaksa menggunakan pemain sedia ada untuk mengharungi saingan musim ini sekurang-kurangnya sehingga Januari akan datang.
This is the first time in 40 years that Real Madrid didn't make a single signing in the summer transfer window. pic.twitter.com/adhb3cmYzI
— ESPN FC (@ESPNFC) October 6, 2020
Situasi berkenaan juga agak mengejutkan kerana kelab yang berpangkalan di ibu kota Sepanyol itu telah pun menjual dan meminjamkan beberapa pemain berprofil tinggi ke kelab lain.
Antaranya adalah Gareth Bale, Sergio Reguilon (Spurs), James Rodriguez (Everton), Achraf Hakimi (Inter Milan), Brahim Diaz (AC Milan), Reinier Jesus (Borussia Dortmund), Dani Ceballos (Arsenal), Borja Mayoral (AS Roma) dan Tekefusa Kubo (Villareal).
Bagaimanapun, pemain tengah Martin Odegaard, penjaga gol Andriy Lunin dan pemain bek kanan Alvaro Odriozola masing-masing telah kembali ke pangkuan The Los Blancos selepas tamat tempoh pinjaman mereka pada musim lepas bersama Real Sociedad, Real Oviedo dan Bayern Munich.
Real Madrid in the transfer market this summer..
— SportyBet (@SportyBet) October 6, 2020
Outs: 5️⃣
🏴 Gareth Bale
🇨🇴 James Rodriguez
🇲🇦 Achraf Hakim
🇪🇸 Sergio Reguilon
🇯🇵 Takefusa Kubo
IN: 0️⃣
Real Madrid didn't sign any player in the summer transfer window for the first time in 40-years. #TuesdayThoughts #GetSporty pic.twitter.com/GS3a3B87JP
Sebagai persediaan, tiga pemain pasukan simpanan Real Madrid Castilla telah pun dinaikkan ke skuad utama dan Zidane turut memanggil semula pemain pertahanan Rafael Garcia yang sebelum ini dipanjamkan ke Burgos.
Namun beberapa pihak melihat tindakan Real Madrid untuk berjimat pada musim ini adalah sebagai persediaan untuk mendapatkan tiga bintang Perancis pada musim depan.
Sasaran utama adalah Kylian Mbappe sebagai pengganti kepada Karim Benzema yang sudah semakin berusia dan Real dilaporkan bersedia untuk menawarkan penyerang Paris Saint-Germain (PSG) tersebut dengan gaji lumayan sekitar €400,000 seminggu.
https://twitter.com/TotalElBicho/status/1313948933295501312?s=20
Nama lain adalah pemain muda Rennes, Eduardo Camavinga yang muncul penjaring gol termuda buat skuad kebangsaan Perancis tempoh hari dan juga pemain pertahanan RB Leipzig Dayot Upamecano.
Sekalipun Paul Pogba baru-baru ini telah menyatakan keinginannya untuk bermain bersama Real Madrid, beliau dilaporkan tiada lagi dalam perancangan Zidane memandangkan kelab tersebut sudah pun mempunyai dua pemain tengah muda iaitu Federico Valverde dan Odegaard.
Untuk musim ini, Real Madrid sedang mendahului carta La Liga dengan 10 mata selepas mengharungi empat perlawanan.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan Real Madrid: