Kalau Setiap Pasukan Di Malaysia Boleh Capai 50% Standard JDT, Liga Kita Akan Lebih Baik

Nidzam JDT

Ketua jurulatih Felda United, Nidzam Jamil tanpa berselindung mengakui bahawa setiap pasukan dalam saingan Liga Malaysia perlu untuk mencapai kira-kira 50 peratus standard seperti gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Hal ini kerana Nidzam melihat kepentingan buat setiap pasukan untuk mencapai tahap sedemikian sekali gus bagi meningkatkan lagi kualiti liga bola sepak di Malaysia.

Dengan segala pencapaian hebat dinikmati serta fasiliti lengkap yang dimiliki JDT, tidak hairanlah mengapa juara Piala AFC 2015 itu perlu menjadi model ikutan pasukan-pasukan lain di Malaysia pada ketika ini.

Pendapat pengendali berusia 40 tahun itu dikongsikannya ketika beliau dijemput sebagai tetamu istimewa dalam rancangan temubual ‘Catch Up Kool FM – Spectator Sukan’ yang dikendalikan oleh Deejay AG Azmeer dan Hanif Miswan.

”Kalau kata pasukan nak tetapkan standard, JDT adalah standard yang sangat tinggi untuk dikejar.  Sekiranya setiap pasukan boleh capai ‘maybe’ 50 peratus standard, bukan nak tiru apa yang JDT buat, tetapi standard itu dapat dikejar 50 peratus saya rasa liga kita akan jadi lebih baik.”

”Ada fasiliti sendiri, ada barisan kejurulatihan yang setiap bahagian diisi dengan orang yang berbakat dan berpotensi dari segi kejurulatihan, daripada segi apa-apa sahaja saya rasa sekiranya dapat dikejar 50 peratus sahaja, semua kelab boleh meningkat.”

”Bukan saya nak cakap yang kita kena tiru JDT, tak, tetapi ia merupakan standard yang sekurang-kurangnya kita kena capai 50 peratus dan kemudiannya liga ini akan lebih seronok.”

”Jika sebaliknya, memang hanya akan ada satu juara sahajalah, JDT. Kalau kita mahu dengan dengan dia [JDT], kita kene kejar benda ini,” ujar Nidzam.

Ketika ditanya bilakah bola sepak tempatan mencapai tahap sistem bola sepak profesional, ini respon pantas dan bersahaja daripada Nidzam:

”Saya rasa kita kena ada 25 TMJ (DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor) kot. Untuk ada di tahap itu [seperti JDT] saya rasa kita perlu lebih ramai orang seperti TMJ.”

”Untuk dapatkan keputusan [kejayaan], benda ni kita cakap asyik JDT sahaja juara tetapi memang terbukti resepinya, jadi kami perlu lebih ramai orang sepertinya [TMJ] untuk mengetuai kelab bola sepak. Kita tak boleh tiru cara dia bekerja tetapi mungkin seorang ketua itu orang yang perlu mempunyai semangat seperti itu.”

 

 

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN