‘Kalau Kita Tak Menang Liga, Ia Disebabkan Oleh Dua Orang Ini’

Sir Alex Ferguson

Robin van Persie menceritakan kepada media Perancis bagaimana Sir Alex Ferguson mendisiplinkan pemain-pemainnya di Manchester United, sekaligus menjelaskan bagaimana beliau membentuk skuad juara pada musim 2012/2013.

“Ferguson tahu macam mana nak bertindak sebagai pengurus. Contohnya bila nak beri penekanan terhadap disiplin kepada pemain.

“Pada musim pertama saya di United [musim 2012/2013], kami mendahului liga sebanyak 15 mata, dan kami melayan kunjungan Manchester City pada bulan April. Kalau kami menang perlawanan ini, kami akan mendahului liga sebanyak 18 mata.

“Tapi kami kalah. Walaupun kalah, kami masih lagi ada pendahuluan 12 mata. Kebanyakan pengurus tidak akan mendramatikkan keadaan. Tapi bos lain, dia terus mengamuk.

“Panas dia masa itu bila dapat tahu ada dua pemain yang keluar berparti selepas kekalahan [1-2 kepada City]. Dia print gambar dua pemain tersebut berparti di bilik persalinan.

“Kemudian dia cakap kepada semua pemain, “Ok semua. Kalau kita tak menang liga, ketahuilah ia disebabkan oleh dua pemain ini yang memilih untuk berparti.”

Bekas penyerang Belanda itu bagaimanapun enggan memberitahu nama dua pemain tersebut.

“Saya boleh saja nak bagitahu nama dua pemain tersebut, tapi saya takkan dedahkan.”

“Dua pemain ini teruk kena hambur dengan bos. Tapi isu ini settle di bilik persalinan. [Ferguson] tampal banyak gambar apa yang dua pemain ini buat masa pukul 2 pagi, 3 pagi, 4 pagi – hanya untuk bagi mereka malu.

“Sejak daripada insiden itu, bos tak bagi kami keluar berparti selagi kami belum pasti jadi juara. Kalau tak, habislah.

“Dia bagitahu kepada semua pemain: Saya tak kisah kamu siapa, berapa trofi kamu dah menang. Kalau kamu keluar berparti sebelum musim habis, saya akan jual kamu.”

Van Persie turut memberitahu Ferguson adalah pakar pengurusan manusia.

“Memang ada pemain yang takutkan Ferguson. Ada satu masa dia boleh jadi baik dan buat anda jadi relaks. Tapi keesokan harinya, dia boleh jadi bos yang garang.

“Selepas dia mengamuk, kami kemudiannya turun latihan. Dua sesi latihan selepas ucapan itu adalah sesi latihan paling memenatkan dalam hidup saya. Kami dah 12 mata di depan tapi itu reaksi bos.

“Kemudian selepas kekalahan kepada City, kami seri dua perlawanan lawan Stoke dan West Ham (sebenarnya United menang 2-0 menentang Stoke). Kemudian barulah kami sah jadi juara liga.

“Seorang pengurus kena tahu bila masa dia kena jadi tegas, dan bila masa dia kena jadi relaks. Ferguson sentiasa tahu bila masa tersebut.

Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair pernah memuji Sir Alex Ferguson apabila berkata, “beliau boleh berjaya dalam apa jua bidang kerana beliau pakar mengurus manusia.” Van Persie bersetuju:

“Bos sentiasa tahu ayat apa nak guna untuk memastikan 27 jutawan dalam skuadnya gembira dan bermotivasi. Masa musim 2012/2013, bagi saya, dia macam beri kelas pengurusan manusia. Dia berjaya buat semua orang fokus kepada objektifnya.

“[Ferguson] adalah pengurus yang bagus kerana dia tahu bila masa nak jadi garang dan bila masa nak jadi relaks.”

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Sir Alex Ferguson:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN