Justinus Lhaksana atau lebih dikenali sebagai coach Justin tampil mempersoalkan mengapa netizen Indonesia terlalu bersungguh mempertikaikan keputusan Jordi Amat mahu bermain di Malaysia.
Coach Justin merupakan pundit terkenal di Indonesia dengan beliau turut mempunyai pengalaman sebagai jurulatih futsal skuad Garuda.
Beliau baru-baru ini tampil memberi pandangan tentang hal melibatkan kemarahan netizen Indonesia yang memarahi Jordi Amat kerana memilih untuk beraksi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT).
Welcome to the Home of the Southern Tigers!#JordiAmat#NewSigning#JDTFamily pic.twitter.com/hK2OBaQM0e
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) June 29, 2022
Coach Justin menganggap Jordi Amat selayaknya membuat keputusan sendiri dan tiada siapa yang boleh mempertikaikan tentang hal tersebut.
Pundit terkenal Indonesia itu mempersoalkan mengapa netizen Indonesia memandang rendah keputusan Jordi Amat mahu bermain di Malaysia bersama JDT.
Beliau percaya pemain yang pernah beraksi dalam saingan La Liga itu sebenarnya lebih tahu tentang apa yang beliau mahukan dalam kariernya.
Di bawah merupakan video pandangan Coach Justin yang mempersoalkan pertikaian netizen Indonesia terhadap hal tersebut.
Coach Justin ni kadang apa dia cakap memang masuk akal dan logik.
Boleh tengok sambungan dekat sinihttps://t.co/llS4OGfhtE pic.twitter.com/9g6g60tanl
— shikh saiful rizal (@ShikhRizal) July 4, 2022
Jika dilihat pada video tersebut, Justinus Lhaksana menegaskan yang tiada masalah sama sekali untuk Jordi Amat beraksi dalam saingan Liga Super Malaysia, apa lagi bersama kelab seperti JDT.
Faktor JDT bermain dalam saingan AFC dan fasiliti berkelas dunia yang ada di pusat latihan mereka turut diakui oleh Coach Justin menjadi punca yang mempengaruhi keputusan Jordi Amat untuk beraksi di Malaysia.
Coach Justin turut mengagumi Johor Darul Ta’zim
Melihat fasiliti berkelas dunia yang dimiliki oleh JDT, Coach Justin yakin yang Juara bertahan saingan Liga Super Malaysia itu bakal mampu pergi lebih jauh.
Coach Justin berulang-ulang kali mempersoalkan mengapa netizen Indonesia terlalu memandang rendah pada Malaysia sedangkan skuad kebangsaan mereka sendiri tidak pernah memenangi AFF.
Beliau percaya JDT juga merupakan kelab yang hebat dan antara yang sedang meningkat naik di benua Asia ini.
Atas alasan itulah yang membuatkan bekas jurulatih futsal Indonesia itu berfikir yang tiada masalah sama sekali untuk melihat Jordi Amat beraksi bersama JDT berbanding terus kekal di Eropah.
#Transfer | ✍️ DONE DEAL
🇲🇾 Johor Darul Ta'zim has officially announced the new contract of this club with Jordi Amat(1992), a center-back Indonesian 🇮🇩-🇪🇸Spanish for the second leg of season 2022. pic.twitter.com/ZFhk2QfuPj
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) June 29, 2022
Beliau turut menganggap dakwaan yang mengatakan Jordi Amat mahu berdaftar sebagai pemain Indonesia hanya kerana memenuhi kuata ASEAN adalah hal yang sangat lucu.
Permintaan ahli politik yang mendesak agar Indonesia tidak menaturalisasikan Jordi Amat sebagai hal yang mengarut
Salah seorang ahli perwakilan rakyat di Indonesia mendesak agar Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) tidak menaturalisasikan Jordi Amat.
Coach Justin menganggap ia hal yang mengarut andai alasan mereka hanya kerana tidak gembira melihat Jordi Amat bermain di Malaysia.
Justinus Lhaksana percaya yang pengurus skuad kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong lebih tahu apa yang sepatutnya beliau lakukan berbanding netizen yang hanya tahu mengkritik.
Selagi Jordi Amat terbuka untuk bermain bersama skuad Indonesia, beliau menganggap tiada masalah untuk pemain pertahanan itu bermain di kelab mana sekalipun.
“Saya cuma mahu tahu alasannya, bukan sebab dia bermain di Malaysia kan? Kalau iya, kenapa perlu double standard? Beberapa pemain kita, pemain timnas yang bermain di Malaysia. Kenapa kita tak banned semua sekali?”
🇲🇾JDT'sowner Tunku Ismail Sultan Ibrahim has confirmed that he wants Indonesian 🇮🇩-🇪🇸Spanish player, Jordi Amat.
Tunku Ismail, who is also the Regent of Johor, said Jordi will fill the ASEAN quota but will have to wait for the Indonesian government to issue passports to him. pic.twitter.com/0pxrgiz5F6
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) June 27, 2022
“Kalau korang semua benci sangat dengan Malaysia, kenapa tak banned semua sekali? Pemain Indonesia yang main di Malaysia semuanya kita banned.”
“Kenapa tak buat macam tu? Kenapa hanya melibatkan Jordi Amat saja?”
Walau apa pun pertikaian dari netizen Indonesia atau dari wakil rakyat mereka, Jordi Amat tetap akan beraksi bersama JDT dan Shin Tae-yong juga tiada masalah untuk tetap memanggil beliau menyertai skuad Garuda.