“Kalah Dalam Menang” – Malaysia Gagal Raih Slot Automatik Ke Piala Asia 2027

Malaysia terpaksa menerima hakikat yang pahit dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, selepas mereka secara rasminya kini tidak lagi layak untuk melangkah ke pusingan seterusnya.

Walaupun meraih kemenangan 3-1 ke atas Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), ianya masih cukup buat anak-anak buah Kim Pan-gon untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya kerana perbezaan jaringan bersama Kyrgyzstan agak jauh.

Pada aksi tersebut, Malaysia berjaya meraih kemenangan 2-1 melalui tiga jaringan daripada Safawi Rasid, Endrick dos Santos serta Adib Ra’op.

Tampil dengan sedikit perubahan dalam kesebelasan utama, kehadiran Safawi Rasid ditagih pada awal perlawanan untuk menambah sengat buat posisi serangan Harimau Malaya.

Lima minit permainan menyaksikan Malaysia tampil agresif mencipta beberapa gerakan dalam misi untuk cuba mendapat jaringan awal demi menghidupkan peluang ke pusingan seterusnya.

Namun, Taiwan juga tidak sewenang-wenangnya membiarkan Malaysia menguasai permainan apabila mereka juga mencipta beberapa peluang untuk mengejutkan pasukan tuan rumah.

Malaysia terlepas peluang untuk mendapatkan jaringan sulung mereka menerusi satu hantaran cantik daripada Dion Cools pada minit kelapan sebelum Akhyar gagal menyempurnakannya.

Percubaan Safawi hampir memberi kegembiraan buat para penyokong kebangsaan, namun sepakan lencong beliau dari luar kotak penalti sedikit tersasar dari palang gol lawan pada minit ke-18.

Akhirnya Taiwan terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-20 di SNBJ menerusi Yu-Yao Hsing yang tenang membuat larian solo dan mengatasi para pertahanan negara sebelum mengatasi Azri Ghani.

Enggan mengalah awal, Endrick cuba bangkit mencari gol penyamaan dengan pemain kelahiran Brazil itu membuat satu rembatan deras dari luar kotak penalti sebelum ia sedikit tersasar.

Harimau Malaya tampil beberapa kali dengan melakukan percubaan ke arah gawang gol lawan, namun ianya gagal untuk menewaskan Pan Wen-Chieh selain beberapa sepakan tersasar keluar.

Secara keseluruhan, Malaysia tampil di separuh masa pertama dengan serba tidak menjadi terutama daripada janaan serangan serta kualiti penyudah di hadapan gawang gol.

Malah, beberapa percubaan yang sebenarnya boleh dianggap wajib gol juga banyak disia-siakan para pemain dan meletakkan tekanan buat kem kebangsaan.

Malaysia berjaya meraih gol penyamaan kembali pada minit ke-52 menerusi Safawi Rasid yang melepaskan satu rembatan deras untuk kembali menghidupkan peluang buat pasukan tuan rumah.

Endrick gagal menyempurnakan dua peluang berturut-turut untuk mendapatkan jaringan pendahuluan buat Malaysia dengan ianya gagal untuk melepasi penjaga gawang pasukan lawan.

Skuad kebangsaan terus menghidupkan peluang buat skuad kebangsaan, dengan giliran Paulo Josue pula mendapatkan gol kedua Malaysia pada minit ke-69.

Sesekali Taiwan hampir memberi kekecewaan buat kem kebangsaan dengan beberapa gerakan mereka berjaya mengatasi pertahanan Harimau Malaya.

Kemasukan pemain gantian seperti Haqimi Azim dan Adib Ra’op sedikit sebanyak berjaya memberi impak positif khususnya meningkatkan lagi aspek kualiti serangan negara.

Malah beliau berjaya meledak gol sulung bersama pasukan kebangsaan dalam karier profesional untuk menamatkan siri kemenangan buat Malaysia.

Keputusan perlawanan kekal dengan Malaysia berjaya meraih kemenangan di laman sendiri, namun ianya belum cukup buat Kim untuk membawa negara melangkah ke pentas Piala Asia 2027 menerusi slot automatik.

Kesebelasan Utama

Malaysia: Azri Ghani (Penjaga Gol), Matthew Davies, Dominic Tan, Endrick dos Santos, Safawi Rasid, Muhammad Safwan Mazlan, Nooa Laine, Paulo Josue, Akhyar Rashid, Dion Cools (Kapten), Corbin Ong

Taiwan: Pan Wen-Chieh (Penjaga Gol), Chen Ting-Yang, Liang Meng-Hsin, Yu-Yao Hsing, Kouame Ange Samuel, Wu Chun-Ching, Wang Chien-Ming, Chen Po-Liang (Kapten), Emilio Estevez, Miguel Sandberg, Huang Wei-Chieh

Kredit foto: Kamal Aziz

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN