Kecoh tempoh hari di laman sosial apabila seorang pemain Shanghai Shenhua telah memijak pemain lawan.
Qin Sheng telah ‘kantoi’ memijak kaki pemain lawan yang merupakan bintang Tianjin Quanjian, Axel Wistel ketika aksi Chinese Super League (CSL) tempoh hari.
Sengaja
Dalam perlawanan itu, Sheng yang merupakan pemain skuad kebangsaan China telah memijak kaki Wistel ketika perlawanan antara kedua-dua pasukan.
Perlawanan itu menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1.
Dalam situasi sepakan penjuru, Sheng telah didapati memijak kaki Witsel dengan sengaja.
Ia berlaku selepas Witsel menolak Sheng dari menjaga beliau ketika situasi sepakan penjuru itu.
Sheng yang berang ditolak kemudiannya memijak kaki Witsel dengan sengaja lagi kuat.
Witsel yang meraung kesakitan telah mendapat perhatian pengadil dan Sheng terus dihukum dengan dibuang padang oleh pengadil perlawanan.
https://www.youtube.com/watch?v=mCuMzNni0Pw
Bengang
Tindakan Sheng itu nyata tidak perlu untuk dilakukan ketika perlawanan dan tindakan beliau itu telah mengundang kemarahan presiden kelab – Wu Xiaohui.
Xiaohui mengambil keputusan drastik untuk mendenda Sheng dengan mahukan Sheng membayar denda sebanyak £35 ribu.
Selain itu, Sheng juga disingkirkan dari skuad utama pasukan dan dipaksa bermain bersama skuad simpanan.
Dalam masa yang sama beliau berhadapan kemungkinan untuk dipotong gaji oleh pihak kelab.
Tujuan ia dilakukan adalah sebagai langkah kelab untuk memastikan tiada pemain yang terlepas dari dihukum akibat melakukan kesalahan.
Pihak kelab juga meminta Sheng untuk melakukan permohonan maaf secara terbuka kepada Witsel diatas kesalahan beliau.
Sheng kemudiannya melakukan permohonan maaf secara terbuka di laman sosial beliau, berikut terjemahannya:
“Perlawanan yang menghiburkan tetapi kesalahan yang bodoh.”
“Perangai peribadi saya telah memberi kesan kepada pasukan. Saya ingin memohon maaf kepada penyokong, pegawai kelab dan staf kejurulatihan serta mereka yang terlibat bersama-sama saya dalam pergaduhan tempoh hari.”
“Sebagai pemain profesional, saya tak sepatutnya ‘membalas dendam’ kepada Axel Witsel sebaliknya turutkan saja keputusan pengadil.”
Kami memuji tindakan Sheng yang memohon maaf dan sedar akan kesilapan beliau. Diharap peristiwa ini menjadi iktibar kepada semua pemain profesional di luar sana.
Baca juga: Paulo Dybala Impikan Detik Merobek Gawang Iker Casillas Hari Ini