Kajian Ini Percaya Ini Adalah Kaedah Digunakan Penjaga Gol Mengekang Penalti

Pernahkah anda tertanya-tanya bagaimana penjaga gol sensasi seperti Manuel Neuer atau Gianluigi Buffon menentukan ke mana sudut mereka akan pergi merebahkan diri ketika sepakan penalti?

Satu kajian baru mungkin telah membongkar rahsia ini.

Sejak sepakan penalti pertama diperkenalkan kepada bola sepak pada tahun 1891, pakar, jurulatih dan penyokong agak hairan dengan beberapa penjaga gol yang sangat bagus dalam menghentikan sepakan penalti berbanding penjaga gol lain.

Misalnya di Liverpool, Simon Mignolet mungkin nama yang kerap menjadi kerisauan peminat tetapi apabila tiba situasi penalti, penyokong Liverpool yakin dengan beliau.

Begitu juga dengan Willy Cabalero dan Claudio Bravo yang memiliki teknik menghentikan sepakan penalti yang baik.

Bukan semua penjaga gol ada kemampuan menyelamatkan penalti pada kadar yang tinggi. Bekas penjaga gol Arsenal, Bob Wilson menyatakan, beliau mengambil masa 9 tahun untuk menyelamatkan penalti pertama dalam karier profesional belia.

Kajian Van Der Kamp

Satu buku kajian yang diterbitkan di Jerman dalam kategori Jurnal Latihan (Excercise) Senaman dan Sukan menyatakan, dengan hanya mempelajari arah sepakan pemain lawan sahaja tak cukup.

Tetapi penjaga gol perlu ada kemampuan perkiraan yang baik untuk melompat (dive) ke arah sudut pada waktu yang tepat.

Lazimnya, penjaga gol memiliki masa yang singkat untuk melompat ke sudut yang mereka mahu pergi. Pengambil sepakan penalti sentiasa ada kelebihan walaupun sepakan mereka dibaca tepat kerana kekuatan bola membuatkan penjaga gol sukar menggapai bola walaupun mereka membaca arah dengan tepat.

Purata seorang penjaga gol profesional melompat dan mencapai sudut paling hujung adalah 0.6 saat. Untuk sudut hujung di atas, ianya adalah dalam purata 1 saat.

Dalam analisis yang kami bentangkan dalam artikel: Analisis: Sains Di Sebalik Sepakan Penalti Oleh Pemain Liga Utama Eropah, kami menyatakan:

Penalti yang paling banyak menghasilkan gol adalah yang dituju ke bahagian sudut atas sebelah kanan dan kiri, masing-masing berperatusan 96.4% dan 95.7%.

Namun tidak ramai penendang penalti yang memilih 2 sudut atas kiri dan dan kanan ini kerana ia memerlukan teknik dan keyakinan yang tinggi.

Dalam kajian Jon Van Der Kamp dan rakan-rakan beliau mendapati ada model untuk penjaga gol melompat ke arah mana dan bila mereka harus melompat pada satu masa yang sama.

Model kawalan berasaskan kemampuan penjaga gol mengekang penalti ini haruslah dipenuhi untuk berjaya menyelamatkan sepakan penalti.

Ianya melibatkan aspek sudut halaju bola. Oleh itu dalam usaha mencapai magnitud dan kekuatan melompat (dive), beberapa langkah ini diperlukan oleh penjaga gol untuk mencapai keupayaan maksimum mereka.

Gabriel Jesus gagal menyempurnakan penalti ketika menentang Swansea. Foto: Getty Images.

Kajian Van Der Kamp ini memfokuskan kepada bagaimana penjaga gol melompat ke sudut mana berasaskan tingkahlaku pemain ketika melakukan larian untuk mengambil sepakan penalti.

Analisis mereka adalah melibatkan banyak footage video dan melihat respon penjaga gol berasaskan pola aksi pemain ketika berlari untuk menendang bola.

Jadi, mereka menyatakan, seorang penjaga gol perlu melihat pola kelakuan (action) pemain dalam beberapa jenis visual pemain. Jadi, mereka sebenarnya bukan mengkaji arah dominan sepakan pemain.

Anda mesti pernah melihat paparan pada skrin terutama sekali dalam EPL. Satu paparan statistik arah sepakan penalti pemain.

“Seorang penjaga gol perlu diberikan informasi tentang bila mereka harus melompat berdasarkan kelakuan pemain yang mereka akan hadapi.”

“Informasi seperti ini yang perlu disuapkan dengan penjaga gol.”

Setiap pemain ada kelakuan (action & behaviour) yang mereka tidak sedar ketika mereka cuba mengambil sepakan penalti dan menentukan sama ada bola ke arah kanan atau kiri, tinggi atau rendah.

Van Der Kamp yakin, analisis ini diberikan kepada penjaga gol sebanyak mana yang mungkin sebelum berhadapan dengan lawan mereka. Dan tidak ramai jurulatih di dunia menggunakan model ini. Tetapi ia banyak digunakan di kelab elit Eropah.

Oleh itu, ramai penjaga gol yang sangat bagus untuk melompat awal ke kawasan yang tepat dan memiliki kadar menyelamatkan penalti yang tinggi.

Jika seseorang penjaga gol hanya melompat awal tanpa ada informasi tambahan mereka akan ditewaskan dengan mudah.

Jika penjaga gol tidak melompat awal dan menunggu sepakan dilepaskan atau tanpa membaca lebih awal. Mereka sentiasa berisiko gagal menggapai bola yang dihalakan ke sudut hujung.

Harus diingat, untuk bola tinggi ke sudut hujung, penjaga gol ada purata 1 saat untuk melompat. Ia memerlukan penjaga gol melompat pada kadar yang sangat awal.

Membandingkan kajian Van Der Kamp dengan beberapa kajian kes

Mengingati arah sepakan penalti pemain yang mereka hadapi lebih kepada persepsi yang mempengaruhi mereka. Ianya perlu disertakan dengan keupayaan penjaga gol melihat tindak tanduk pemain secara spesifik termasuk mimik muka pemain.

Simon Mignolet pernah berkata:

“Kita akan ingat bagaimana mereka mengambil penalti sebelum ini. Ada beberapa pola (pattern) yang kita perlu perhatikan dan kita gunakan apa yang kita telah kaji dan juga belajar daripadanya selepas itu.”

Jadi, apa yang dikatakan oleh Van Der Kamp ini agak menepati kenyataan di atas.

Seterusnya Paul Verhaegh pernah menyatakan, jika Manuel Nuer sudah membaca arah sepakan anda, mustahil untuk menewaskan beliau kerana Neuer ada kemampuan untuk melompat/dive yang sangat laju.

Kajian seperti ini yang menjadi rahsia penjaga-penjaga gol berkelas dunia menjadi lebih baik.

Diego Alves si pakar menyelamat penalti

Anda pernah dengar nama penjaga gol ini? Nama yang menjadi kegerunan bintang bintang bola sepak dunia. Beliau kini sudah berhijarh ke Flamengo dari Valencia. Ini adalah tajuk artikel ESPN pada Julai 2017:

Anda lihat koleksi penjaga gol yang dianggap paling pakar dalam menyelamatkan penalti, iaitu Diego Alves. Beliau fokus kepada kelakuan pemain dan melompat awal pada masa yang tepat.

Diego Alves juga menyatakan, untuk membaca sepakan penalti, anda perlukan informasi yang banyak dalam kepala anda. Jadi ia melibatkan persediaan yang rapi sebelum perlawanan.

Neymar dan Daniel Alves sendiri pernah bertanya, bagaimana Diego Alves begitu bagus dalam menyelamatkan penalti. Diego Alves turut mendengar daripada Alves dan Marcelo yang di kem Barcelona dan Real Madrid, tiada seorang pun pemain yakin akan menewaskan beliau dalam sepakan penalti termasuk Ronaldo, dan Messi.

Satu kebanggaan apabila nama beliau disebut dalam pusat latihan pasukan sehebat Real Madrid dan Barcelona.

Diego Alves memberitahu beliau kerap melihat ada beberapa pemain melakukan sepakan dalam tekanan pada raut wajah mereka. Jadi, dalam keadaan tersebut, penjaga gol ada kelebihan dari segi mentaliti.

Namun Diego Alves tidak pernah berkongsi secara penuh tips penalti beliau kepada media dan dia berkata mahu menjadi jurulatih penjaga gol suatu hari nanti dan menurunkan ilmu kepada anak murid beliau. Tetapi Alves mengakui rakan-rakan yang rapat dengan beliau tahu akan tips beliau termasuk Neymar dan Daniel Alves.

Kenyataan beliau berkongsi cerita tentang Griezmann. Beliau juga menyebut beliau melihat mimik muka pemain yang melakukan sepakan penalti dan menggunakan data kajian yang beliau pelajari untuk menjangka, jika pemain tertekan, ke mana biasanya arah pilihan mereka.

Diego Alves sudah menyelamatkan penalti daripada pemain pakar sepakan penalti seperti Cristiano Ronaldo, Messi, Griezmann, Diego Costa, Carlos Vela, Ivan Rakitic, Fernando Llorente dan Carlos Bacca. Penalti pertama yang beliau selamatkan di La Liga adalah Frederic Kanoute pada 2008.

MADRID, SPAIN – DECEMBER 23: Cristiano Ronaldo of Real Madrid helps Lionel Messi of Barcelona during the La Liga match between Real Madrid and Barcelona at Estadio Santiago Bernabeu on December 23, 2017 in Madrid, Spain. (Photo by Victor Carretero/Real Madrid via Getty Images)

Ini adalah keraian Lionel Messi ketika berjaya menewaskan Diego Alves pada Oktober 2016. Messi menerima ucapan tahniah daripada Diego Alves.

Messi gembira menerima ucapan itu dan merasakan ia satu kejayaan dan kelegaan menewaskan salah seorang penjaga gol yang telah menghentikan banyak penalti termasuk nama-nama besar termasuk beliau sendiri.

Sebelum itu Diego Alves sudah menyelamatkan 2 penalti menentang Atletico melibatkan 2 pengambil sepakan penalti iaitu Gabi dan Griezmann. Pada 2017, Diego Alves meningkatkan ratio penyelamatan penalti kepada 51% termasuk 3 daripada 4 penalti Cristiano Ronaldo.

Seorang pakar sepakan penalti, Matt Le Tissier berkata:

“Mata saya akan fokus kepada bola dan pada masa yang sama melihat penjaga gol dengan visi periferal. Anda melihat kedudukan badan mereka. Bagaimana bentuk badan mereka serta keseimbangan mereka sebelum melakukan sepakan dan menentukan arah bola.”

Kenyataan Le Tissier ini jika digabungkan dengan model kajian Van Der Kamp amat jelas menyatakan, setiap pemain ada kelakuan tersendiri untuk menentukan arah sepakan mereka.

Kredit foto: Gettyimages

Sama ada dari segi mimik muka, cara mereka memandang dan apa sahaja kelakuan.

Jadi, apa yang kita pelajari, mereka mengkaji sesuatu perkara dengan sangat teliti. Bukan mudah untuk menyelamatkan sepakan penalti, tetapi ianya bukan perkara yang terlalu sukar untuk beberapa penjaga gol benar-benar ada persediaan taktikal dan mental.

Tak hairanlah jika seorang pemantau bakat untuk Jamie Rekdnapp pernah diarahkan mencatatkan data mimik muka pemain dan reaksi pemain ketika menerima arahan jurulatih.

Semua perkara itu penting bagi mereka. Ia memerlukan kepakaran dan staff yang ahli serta kejurulatihan yang rajin dan pakar termasuk.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN