Kajian Buktikan Penyokong Vietnam & Indonesia Lebih Fanatik Berbanding Malaysia

Asia Tenggara

Bola sepak di Asia Tenggara jelas sekali dianggap sebagai satu perkara yang cukup penting, malah ada yang berasakan maruah sesebuah negara terletak kepada pencapaian dalam sukan itu.

Sama sahaja seperti dimana-mana sudut dunia ini, Asia Tenggara juga dianggap sebagai kawasan yang mempunyai ramai peminat fanatik dalam bola sepak.

Dan ini terbukti menerusi satu kajian, enam daripada 10 negara di Asia adalah daripada Asia Tenggara mempunyai tahap fanatik terhadap bola sepak yang cukup tinggi dekat benua ini!

Kajian yang dikeluarkan oleh Nielsen dalam World Football Report 2022 mendapati Vietnam adalah negara paling fanatik dalam bola sepak di Asia dengan 75% populasi negara itu begitu mendekati sukan tersebut.

Pendedahan itu mengejutkan kerana Vietnam berjaya mengatasi negara yang sering dianggap mempunyai saingan liga setaraf Premier League iaitu Indonesia.

Indonesia jatuh dibelakang Vietnam dengan hanya 68% populasi mereka sahaja yang mengikut bola sepak.

Namun begitu, kedua-dua peratusan negara ini masih tidak dapat dicapai oleh Malaysia yang mencatatkan nilai yang lebih sedikit.

Populasi di Malaysia hanya mencatatkan 53% fanatik dalam sukan bola sepak. Ini menunjukkan hanya lebih sedikit sahaja daripada setengah penduduk negara ini mengambil tahu hal bola sepak tempatan dan antarabangsa.

Selebihnya mungkin lebih gemarkan hal-hal politik, gosip panas artis dan juga perkara-perkara tular yang sering menjadi bualan warga maya.

Namun begitu, peratusan yang diraih Malaysia itu masih lagi lebih baik berbanding negara-negara seperti Korea Selatan, China dan Jepun.

Korea Selatan meraih 50%  sahaja daripada populasi mereka sementara China lebih rendah dengan 40% dan Jepun 28%.

Akan tetapi, jumlah populasi mereka yang lebih besar berbanding Malaysia mungkin mempengaruhi kenapa jumlah peratusan itu lebih kecil berbanding negara kita.

Tiga lagi negara Asia Tenggara yang memasuki kedudukan 10 terbaik adalah Thailand (58%), Singapura (43%) dan juga Filipina (35%).

Berikut adalah senarai lengkap 10 negara Asia yang paling fanatik dengan sukan bola sepak:

  1. Vietnam (75%)
  2. Emeriah Arab Bersatu (70%)
  3. Indonesia (68%)
  4. Arab Saudi (65%)
  5. Thailand (58%)
  6. India (56%)
  7. MALAYSIA (53%)
  8. Korea Selatan (50%)
  9. Singapura (43%)
  10. China (40%)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN