‘Main Seperti Napoli’ – Satiananthan Sedia Terapkan Kelab Malaysia Dengan Taktikal Bola Sepak Moden

Satiananthan Napoli

Siapa yang tidak kenal dengan B. Satiananthan? Antara jurulatih berpengalaman di negara ini yang telah mengecapi pelbagai kejuaraan di persada bola sepak tanah air.

Reputasinya tidak perlu dipersoalkan lagi. Namun disebabkan masalah kesihatan yang agak serius, beliau telah dinasihatkan oleh pakar perubatan untuk berehat untuk sementara waktu bagi memberi tumpuan kepada proses pemulihannya.

Bagaimanapun jurulatih berusia 64 tahun itu kini dilaporkan sudah cukup cergas untuk kembali menggalas tanggungjawab melatih pasukan. Boleh jadi disebabkan kecintaannya kepada sukan bola sepak, beliau sendiri sebenarnya ‘tidak keruan’ terlalu lama meninggalkan bidang ini.

Kredibiliti

Pasukan terakhir yang dibimbing oleh Satiananthan adalah Sarawak United sebelum kontraknya ditamatkan atas persetujuan bersama. Ini bermaksud beliau kini bebas untuk menyertai mana-mana pasukan.

Sejarah kejurulatihan Satianathan bukan calang-calang. Beliau merupakan pernah tiga kali dinobatkan selaku jurulatih terbaik dalam majlis Anugerah Bola Sepak kebangsaan (ABK) bagi tahun 2010. 2012 dan 2017.

Hasil sentuhannya, beberapa pasukan di bawah kendaliannya mengecapi nikmat kejuaraan. Antaranya adalah kejuaraan Piala Malaysia 2010 bersama Kelantan serta muncul juara Liga Premier ketika membimbing Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 2012 dan seterusnya Felda United pada 2018.

Bola sepak moden

Apa yang menarik adalah kenyataannya ketika ditemubual oleh Bernama. Jurulatih kelahiran Perak ini tanpa berselindung memberi bayangan bahawa permainan bola sepak pada hari ini tidak boleh lagi bergantung kepada sistem yang diamalkan sekitar 5 hingga 10 tahun yang lalu.

Menurutnya tempoh rehat selama ini telah memberinya banyak ruang untuk mempelajari serta mendalami perkara baharu berkaitan permainan bola sepak moden, selain membuat analisa berkaitan pendekatan taktikal terkini.

“Saya telah melihat perkara baharu di Eropah kini… seperti apa yang Napoli (kelab Itali) bermain sekarang dan telah menganalisisnya. Saya juga mendapati standard kelab-kelab kita semakin baik dan antara yang terbaik di Asia,” katanya.

Dengan perkembangan teknologi, setiap corak permainan yang diterapkan dalam setiap perlawanan disusun berdasarkan analisis yang dibuat secara terperinci. Ia membolehkan barisan kejurulatihan membuat perancangan terbaik pada setiap sesi latihan.

Contoh ikutan

Tekad Satiananthan ini merupakan perkembangan yang baik untuk bola sepak Malaysia apabila jurulatih-jurulatih mula menyedari tentang kepentingan perkara seperti ini bagi meningkatkan mutu permainan untuk disajikan kepada peminat.

Selaku Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), ia merupakan contoh yang baik kepada jurulatih-jurulatih yang lain untuk menunjukkan bahawa pembelajaran ilmu-ilmu baharu dalam bola sepak perlu dilakukan sepanjang hayat supaya tidak ketinggalan zaman.

Rekod pencapaiannya yang baik juga mungkin tidak menyukarkan beliau untuk mendapatkan pasukan baharu. Mengikut pendedahannya, sudah ada beberapa pasukan yang memulakan perbincangan untuk membawanya kembali mewarnai pentas Liga Malaysia.

‘Satia Dah Pulih’ – Ini 3 Pasukan Yang Boleh Cuba Melamar Beliau

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN