Kagum melihat jaringan yang dihasilkan ketika menentang Malaysia, seorang wartawan bola sepak Itali, Jerry Mancini mencadangkan agar kelab Serie A Itali, Lazio segera merekrut bek kiri skuad kebangsaan Indonesia, Pratama Arhan.
Jerry Mancini nyata kagum melihat jaringan cantik Pratama Arhan ketika membantu Indonesia menewaskan pasukan negara 4-1 di kejohanan Piala AFF 2020 yang berlangsung pada Disember lalu.
Indonesia's left full-back, Pratama Arhan with an outstanding goal.
What a shot!!🔥🔥🔥🚀🚀🚀@OfficialSSLazio need to sign him.
— Jerry Mancini (@jmancini8) February 2, 2022
Selain daripada gol cantik yang dihasilkan oleh Pratama Arhan dalam perlawanan tersebut, Jerry Mancini juga kagum akan kemampuan pemain itu menghasilkan gerakan set-pieces lontaran ke dalam.
Lazio intai pemain Indonesia
Cadangan Jerry itu sebenarnya tidak datang secara tiba-tiba. Ini kerana Lazio sememangnya dikhabarkan sedang memerhati prestasi pemain PSIS Semarang itu sejak seketika.
Lazio Press, iaitu media yang membuat liputan eksklusif khusus untuk kelab yang berpengkalan di Roma itu baru-baru ini turut melaporkan minat kelab itu untuk mendatangkan Pratama Arhan ke Stadium Olimpico.
Wow, what a throw-in goal from Indonesia's left full-back, Pratama Arhan
Impressive 🔥🔥🔥
— Jerry Mancini (@jmancini8) January 28, 2022
“Dari Indonesia, muncul satu nama baru yang sedarng diintai kelab. Pemain yang dimaksudkan adalah Pratama Arhan, bek kiri Indonesia yang lahir pada 2001,” tulis Lazio Press.
“Berdasarkan sumber yang diterima, Lazio kini sedang memantau secara dekar pemain PSIS Semarang, yang juga merupakan pemain antarabangsa Indonesia.” tambah laporan itu lagi.
Memandangkan jendela perpindahan musim sejuk di Eropah sudah pun ditutup, ini bermakna Pratama hanya akan dapat berhijrah ke Itali seawal Jun sekiranya perpindahan tersebut menjadi kenyataan.
Ini akan memberi ruang kepada Lazio untuk terus memantau bakat pemain ini yang akan terlibat dalam beberapa kejohanan antarabangsa bersama Indonesia sepanjang tempoh itu, termasuk Piala AFC B-23 dan pusingan ketiga kelayakan Piala Asia selepas ini.
Bagaimana Anda Boleh Hidupkan ‘Vibe’ Tonton Bola Di Kedai Mamak Bersama sooka
Prestasi memukau Pratama Arhan
Untuk rekod, Lazio bukan satu-satunya kelab yang dikaitkan dengan bek kiri berusia 20 tahun ini. Sebelum ini Pratama Arhan turut dikaitkan dengan kelab Korea Selatan, Seongnam FC.
Malah pada bulan lalu, nama Pratama Arhan turut dikaitkan dengan pasukan Liga Super Malaysia (MSL), iaitu Selangor FC.
Bukan ke Korea Selatan seperti yang dirumorkan, bintang andalan timnas Indonesia, Pratama Arhan, ternyata dianggap lebih cocok bergabung dengan Selangor FA.
Baca selengkapnya: https://t.co/liHXSWOXGL
— INDOSPORT (@indosportdotcom) January 11, 2022
Ia bukan perkara mengejutkan melihat Pratama Arhan dikaitkan dengan banyak kelab dari luar Indonesia, apatah lagi selepas dinobatkan sebagai pemain muda terbaik di kejohanan Piala AFF 2020.
Untuk rekod, ini bukan kali pertama kelab-kelab gergasi Asia dan kini Eropah mencari bakat-bakat dari Asia Tenggara. Kapten Thailand, Chanatip Songkrasin misalnya terus melengkapkan perpindahan ke Kawasaki Frontale, selepas menyertai Consodole Sapporo pada 2017.
Seperti Phatama bersama Indonesia, Chanatip turut mulai mencuri tumpuan di peringkat antarabangsa di kejohanan Piala AFF 2014.
Bintang Vietnam, Nguyen Quang Hai turut dilaporkan menarik minat kelab kelab Latvia, Riga FC, tetapi pemain itu dilaporkan lebih selesa untuk terus kekal bersama Hanoi FC di saingan liga domestik.