Di dalam bola sepak, penyokong sentiasa menjadi antara elemen paling penting.
Oleh kerana itu, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mempertaruhkan sebuah motosikan Harley Davidson bernilai RM50,000 dalam usaha menarik kembali penyokong The Red Warriors (TRW) kembali membanjiri Stadium Sultan Mugammad IV pada musim hadapan.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penajaan KAFA, Ahmad Muzakir Hamid, inisiatif tersebut dilakukan dengan usaha sama rakan penaja baharu KAFA, Rasniaga Motosport.
RASNIAGA MOTORSPORTS SETUJU TAJA KELANTAN
PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengumumkan menerima persetujuan…
Posted by Kelantan FA Team Red Warriors on Monday, October 21, 2019
Dalam satu kenyataan seperti yang dilaporkan oleh Bernama, beliau dipetik sebagai berkata:
“Usaha ini antara salah satu cara pihak kami menarik penyokong ke stadium bagi memberikan sokongan kepada pasukan TRW musim depan.
“Namun, kriteria yang melayakkan penyokong mengambil bahagian belum dimuktamadkan,” katanya dalam satu kenyataan.
KAFA yang berada di bawah pengurusan baharu pada ketika ini masih giat mencari penaja lain sebelum aksi Liga Malaysia musim hadapan bermula.
Posted by Kelantan FA Team Red Warriors on Monday, September 23, 2019
Dalam pada itu, Ahmad Muzakir berkata, pihaknya masih mencari penaja lain untuk membantu KAFA melakukan persiapan bagi memulakan aksi Liga-M.
“Jika ada mana-mana pihak yang ingin menaja TRW, kami alu-alukan dan boleh menghubungi saya atau rakan-rakan kepimpinan KAFA yang lain,” tambah beliau lagi.
Musim 2020, persatuan terbabit dan pasukan Kelantan akan diurus pengurusan baharu yang dipimpin ahli politik Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah selepas presiden sebelum ini Bibi Ramjani Ilias Khan meletak jawatan.
Pada musim ini Kelantan menduduki tangga ke-10 Liga Premier, dan akan terus beraksi di saingan divisyen kedua negara itu pada musim hadapan.