VIDEO: TMJ Mahu Pemain Profesional, Berikan 100% Untuk Pertandingan Tertua Negara

Esok, tumpuan peminat bola sepak tempatan pasti akan terarah ke Stadium Shah Alam untuk perlawanan separuh akhir kedua diantara pasukan tuan rumah Selangor dan JDT.

Perlawanan separuh akhir pertama yang berlangsung di StadiumTan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos pada Sabtu lalu berkesudahan dengan kemenangan 2-1 kepada JDT.

Kelebihan tipis tersebut bermakna saingan di Shah Alam masih lagi terbuka untuk kedua-dua pasukan melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2019 pada musim ini.

Untuk perlawanan yang bakal berlangsung esok, DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tengku Mahkota Johor (TMJ) sempat memberikan amanat untuk barisan pemain JDT.

Menurut TMJ, walaupun Liga Super adalah pertandingan yang paling penting pada pandangan baginda, baginda menuntut komitmen 100% daripada barisan pemainnya sebagai seorang pemain bola sepak profesional.

Ini kerana pemain mempunyai komitmen kepada penyokong, penaja dan juga kelab. Itu adalah tanggungjawab sebagai seorang pemain profesional.

Walaupun tidak menawarkan slot ke Asia seperti Liga Super dan Piala FA, Piala Malaysia adalah pertandingan tertua di negara ini. Realitinya ia adalah pertandingan terakhir yang pasti mahu dimenangi oleh setiap pasukan yang belum lagi memenangi sebarang gelaran pada musim ini.


Step 2: Place this code wherever you want the plugin to appear on your page.

Off we go again ✈️

#JDT
#AwayDays
#LuaskanKuasamuJohor

Posted by JOHOR Southern Tigers on Friday, October 25, 2019

Turut melahirkan kekaguman akan komitmen dari setiap pemain sepanjang musim ini yang sudah berjaya merangkul Piala Sumbangsih dan gelaran Liga Super, baginda mahu pemain sentiasa bangga dengan pencapaian masing-masing pada musim ini – jika keputusan tidak menyebelahi skuad Harimau Selatan di Shah Alam.

Malah baginda mahukan barisan skuad Harimau Selatan untuk terus melihat ke hadapan, dan cabaran pada musim akan datang yang pasti menjadi lebih menarik.

Di akhir rakaman, baginda mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pemain.

 

HRH TUNKU MAHKOTA ISMAIL’S MESSAGE TO THE JDT PLAYERS BEFORE DEPARTING FOR THE NEXT MATCH

Posted by JOHOR Southern Tigers on Friday, October 25, 2019

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN