KAFA: Pemotongan Berdasarkan Tangga Gaji Pemain

Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) menerusi Setiausaha Agungnya, Husin Deraman mengakui langkah pemotongan gaji pemain akan tetap dilakukan berikutan sumber kewangan yang agak meruncing susulan serangan wabak COVID-19 pada ketika ini menyebabkan saingan liga terpaksa dihentikan.

Menurut sumber BH Online, Husin bagaimanapun memberikan jaminan bahawa terdapat kelonggaran dan pengecualian buat para pemain yang bergaji rendah dalam skuad tersebut.

KAFA juga dalam pada itu turut menegaskan penilaian akan dibuat berdasarkan tangga gaji para pemain sebelum pihak tersebut mengambil pendekatan pemotongan gaji.

“Kita [Kelantan] sebenarnya ada beberapa pemain bergaji sekitar RM2,000 ke RM3,000, jadi kita akan cadangkan gaji mereka ini tidak akan ditolak. Kita memahami kesulitan dihadapi tambahan pula mereka pemain muda.”

“Kita akan buat penilaian berdasarkan tangga gaji pemain kerana dalam pasukan ini, ada yang bergaji bawah RM10,000, ada yang berbelas ribu dan berpuluh ribu. Sebab itulah kita tidak akan ambil langkah pemotongan yang sama untuk setiap pemain,” ujar Husin kepada BH Online.

Sehubungan dengan perkara tersebut, Husin Deraman menjelaskan pihak KAFA akan membuat perbincangan dengan beberapa pemain dan pegawai pasukan bagi mencapai kata sepakat.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kelantan, Husin Deraman.

“Bagi mendapatkan gambaran awal mengenai butiran pemotongan, KAFA akan memanggil beberapa pemain dan pegawai teknikal mendapatkan angka sebenar membabitkan jumlah potongan yang akan dilakukan.”

“Kita jangka kenakan pemotongan gaji sekitar 20 ke 30 peratus seperti yang dicadangkan. Apapun, kita akan bincangkan selanjutnya bersama pemain dalam masa terdekat,” ujar Husin lagi.

Terdahulu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam menyeru kepada semua pasukan supaya akur dengan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

“Untuk mana-mana pasukan yang mahu mengadakan perbincangan, mereka boleh berbuat demikian tanpa ragu-ragu memandangkan ia sudah termaktub dalam garis panduan FIFA.

“Kami menggesa semua pasukan agar memahami langkah-langkah yang digariskan oleh FIFA dalam memastikan keputusan yang diambil secara bersama dengan pemain dan pegawai dilakukan secara profesional dan telus.”

Kredit foto: Kelantan FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN