KAFA Hutang Fauzi Roslan Sebanyak RM60 Ribu

Selepas Khairul Fahmi Che Mat sebelum ini meminta Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) membayar tunggakan gajinya, kini giliran Fauzi Roslan pula menuntut bekas majikannya itu untuk melunaskan tunggakan gaji yang mencecah RM60,000.

Laporan Berita Harian mendedahkan, Fauzi Roslan yang telah tamat kontrak bersama pasukan itu pada September tahun lalu melahirkan kekecewaannya terhadap KAFA yang mendakwa beliau hanya menerima gaji untuk beberapa bulan sahaja daripada Januari hingga Julai 2019.

“Saya tidak berniat mahu mengaibkan KAFA atau mana-mana pihak, sebaliknya saya hanya mahu minta hak saya.

“Apatah lagi, saya perlu menanggung keluarga termasuk dua anak berusia sembilan dan enam tahun yang bersekolah.

Menurut pemain yang mesra dipanggil Kojie itu, beliau sudah beberapa kali berhubung dengan pihak KAFA termasuk menghantar surat tuntutan bayaran tunggakan gaji menerusi e-mel dan kali terakhir dilakukan adalah pada 21 November 2019. Namun sehingga hari ini tiada sebarang maklum balas diberikan kepadanya.

Katanya lagi, KAFA sebelum ini pernah memaklumkan pihak berkenaan akan membayar segala tunggakan gaji selepas mendapat penaja baharu.

“Difahamkan, masalah tunggakan gaji itu membabitkan pemain yang tidak disambung kontrak. “Bagi pemain yang kekal bersama Kelantan, saya tidak pasti sama ada mereka sudah dibayar gaji penuh atau tidak.

“Saya juga akan melanjutkan permasalahan itu kepada Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi menuntut hak pemain,” katanya yang memberi tempoh terdekat kepada KAFA untuk berhubung dengannya secepat mungkin.

Fauzi menjelaskan, sejak kontraknya bersama KAFA telah tamat, beliau hanya bekerja sambilan di kampung yang terletak di Pahang bagi menampung perbelanjaan harian keluarga dan komitmen lain.

Sehingga hari ini, pemain yang digelar The Supersub itu masih belum menerima tawaran daripada mana-mana pasukan untuk musim 2020.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN