Erling Haaland: 5 Perkara Tentang Mesin Gol Baharu Borussia Dortmund

Erling Haaland mungkin baru berusia 19 tahun, tetapi beliau sudah pun mencipta sensasi dalam dunia bola sepak pada hari ini selepas mempamerkan aksi cemerlang bersama pasukannya Red Bul Salzburg terutamanya dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Terkini beliau telah menyertai kelab Jerman, Borussia Dortmund dengan kontrak selama empat setengah tahun dan penyerang antarabangsa Norway itu dilaporkan telah bersedia untuk menempuhi cabaran baharu bersama pasukan berjersi kuning hitam tersebut.

Oleh yang demikian, SemuanyaBOLA ingin berkongsi lima perkara mengenai penyerang muda yang telah pun menjaringkan 28 gol daripada 22 perlawanan pada musim ini.

1. Dilahirkan di Leeds, England

Bapa pemain ini, Alf-Inge Haaland juga merupakan pemain bola sepak profesional yang pernah beraksi untuk beberapa kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) seperti Nottingham Forest, Leeds United dan Manchester City

Erling Haaland dilahirkan di Leeds pada Julai 2000, hanya beberapa hari sebelum bapanya berpindah ke Manchester City. Tidak lama selepas itu berlaku kejadian yang menyebabkan bapanya terpaksa menamatkan karier lebih awal kerana masalah kecederaan.

Mungkin ramai yang tidak tahu bapa Haaland mengalami masalah tersebut akibat diterjah oleh kapten Manchester United, Roy Keane pada April 2001 yang menyebabkan beliau mengalami kecederaan serius dan terpaksa mengumumkan persaraannya dua tahun kemudian.

Secara teori, Haaland boleh bermain untuk skuad kebangsaan England kerana lahir di negara itu, tetapi perkara berkenan tidak berlaku apabila bapanya pulang ke Norway. Haaland bermain untuk pasukan remaja Norway bermula pada 2015 dan membuat penampilan pertama bersama skuad senior negara itu pada September 2019.

2. Pernah menjaringkan sembilan gol dalam satu perlawanan

Kehebatan Haaland menjaringkan gol bersama Salzburg telah menjadikan beliau prospek muda terhangat di pasaran. Tetapi sebenarnya sebelum itu beliau telah pun mencipta sejarah dalam kejohanan Piala Dunia FIFA bawah 20 tahun (B-20) pada May 2019.

Haaland yang berusia 18 tahun ketika itu menjaringkan sembilan gol ketika Norway membelasah Honduras 12-0 di peringkat kumpulan. Sekalipun pasukannya tidak berjaya melangkah ke peringkat seterusnya, beliau tetap membawa pulang anugerah kasut emas.

3. Membuat debut senior pertama ketika berusia 15 tahun

Beliau mengikut jejak langkah bapanya dengan memulakan karier di akademi kelab bola sepak yang terletak di sebuah pekan kecil di Norway, Bryne FK. Haaland bermain di setiap peringkat umur sehinggalah untuk pasukan simpanan yang menyaksikan beliau menjaringkan 18 gol dalam 14 perlawanan.

Pencapaian itu membolehkan beliau dinaikkan ke skuad utama dan membuat penampilan pertama ketika berusia 15 tahun pada May 2016 apabila masuk sebagai pemain gantian.

Haaland kemudian menyertai Molde dan beraksi selama dua musim di bawah bimbingan pemain paling berjaya dalam sejarah bola sepak Norway, Ole Gunnar Solskjaer.

Dalam satu temubual, Haaland pernah mendedahkan Solskjaer merupakan mentornya dan beliau amat berterima kasih kepada pengurus Manchester United itu kerana memberi peluang kepadanya untuk bermain di peringkat tertinggi.

4. Mahu menjadi seperti Zlatan Ibrahimovic

Haaland yang mempunyai ketinggian 1.94 meter ternyata mempunyai kelebihan dari sudut fizikal sebagai pemain yang beraksi di sebagai penyerang dan beliau mula dibandingkan dengan penyerang Sweden, Zlantan Ibrahimovic.

Malah Haaland mengakui dalam banyak-banyak pemain bola sepak, beliau memilih Ibrahimic sebagai contoh ikutannya yang terbaik.

“Saya kagum dengan caranya bermain dan caranya untuk menjadi begitu hebat. Dia juga orang Skandinavia [negara-negara utara Eropah], jadi perlu ada seseorang untuk menggantikan tempatnya!”

Pemain berusia 38 tahun itu dikatakan masih belum puas bermain dan tidak terfikir untuk menggantung but. Zlatan telah menyertai AC Milan baru-baru ini dengan kontrak selama enam bulan.

5. Pemecah rekod di Eropah

Selain kejayaan ‘menghancurkan’ pasukan B-20 Honduras, Haaland juga telah mengganas di Austria sejak menyertai Red Bull Salzburg. Semasa permulaan musim 2019/20, beliau telah menjaringkan 11 gol dalam tujuh perlawanan liga termasuk hatrik ketika menentang Wolfberger AC dan TSV Hartberg.

Pemerhati kemudiannya mengandaikan Haaland akan menghadapi kesukaran di kejohanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL). Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila beliau mencatat hatrik dalam perlawanan UCL pertamanya ketika membenam Genk 6-2.

Selepas itu beliau tidak lagi memandang ke belakang dengan muncul pemain remaja pertama yang menjaringkan gol secara berturut-turut dalam 5 perlawanan pertama peringkat kumpulan di kejohanan Eropah itu.

Haaland kini telah mengumpul lapan gol dalam enam penampilan UCL. Dengan peraturan baharu UEFA, beliau boleh bermain untuk Borussia Dortmund di peringkat kalah mati menentang Paris Saint-Germain dalam kejohanan tersebut dan ianya peluang untuk penyerang tersebut terus melebarkan rekod jaringan bersama kelab baharunya itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN