KAFA Bagi Amaran Kepada Pemain Kelantan Yang Mahu Boikot Fajr Ibrahim

Presiden KAFA, Bibi Ramjani ada terdengar khabar angin beberapa pemain mahu memboikot kem pasukan Kelantan. Ini selepas meereka tidak selesa dengan corak pengurusan latihan oleh jurulatih baru Fajr Ibrahim yang disifatkan agak berat.

Fajr Ibrahim yang tegas telah membuatkan beberapa pemain mahu menggunakan kuasa pemain (player power) untuk memboikot jurulatih tersebut.

Bibi Ramjani menyatakan sokongan beliau kepada jurulatih tersebut. Presiden KAFA itu tegas dalam hal ini dan meminta agar mana-mana pemain yang mahu memboikot pasukan supaya angkat kaki daripada pasukan Kelantan.

Bibi Ramjani mendengar berita itu dan ia telah banyak dibincangkan di media sosial. Menurut beliau, pemain seperti itu memiliki mentaliti yang negatif dan tiada kesungguhan untuk berjuang di dalam pasukan.

“Pemain yang mahu boikot, sila cari jalan keluar. Biarpun ia sekadar khabar angin tapi memang saya sudah tahu ada segelintir pemain suka protes kalau ada sesuatu perkara yang mereka tidak suka.”

FOTO: Kelantan FA

Menurut Bibi Ramjani lagi, jika sikap seperti itu terus wujud di dalam diri pemain, sampai bila-bila pun pasukan Kelantan tak akan maju.

Beliau mahu pemain mengikuti arahan jurulatih supaya mereka lebih berdisiplin. Ada beberapa pemain dikatakan tidak selesa dengan perubahan latihan yang intensif dilakukan oleh Fajr Ibrahim.

Fajr juga meletakkan beberapa syarat khas di dalam sesi latihan beliau termasuk larangan untuk pemain membawa telefon bimbit ketika sesi latihan dan sebelum perlawanan.

Kegagalan mematuhi arahan tersebut membuatkan pesalah akan dikenakan denda wang tunai. Bibi Ramjani berpendapat tiada alasan untuk pemain protes kepada sesi latihan yang lebih.

Ini kerana mereka hanya berlatih sekitar 1 jam setengah sehigga 3 jam sehari berbanding dengan pekerja di pejabat yang bekerja 8 jam sehari.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN