“Kadang-Kadang Kita Ni Bermain Bodoh Sikit” – Satiananthan Kecewa Sarawak Tewas Kepada 10 Pemain Terengganu

B Satiananthan Sarawak United

Dalam sukan bola sepak, beraksi menentang pasukan yang kekurangan seroang pemain di atas padang merupakan satu kelebihan yang sepatutnya perlu dimanfaatkan, apatah lagi ia berlaku hanya selepas 34 minit perlawanan.

Namun itu tidak berlaku kepada Sarawak United yang tewas 2-0 kepada Terangganu di tempat sendiri dalam aksi Liga Super meskipun penyerang utama pasukan lawan, Kpah Sherman dilayangkan kad merah pada babak pertama.

Sebelum sepak mula, kedua-dua pasukan masing-masing turun dengan misi memburu kemenangan pertama musim ini bagi memperbaiki kedudukan dalam liga.

Namun Terengganu terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit kelapan menerusi Kpah Sherman yang bijak membuat larian mengatasi perangkap ofsaid sebelum menewaskan penjaga gol Sharbinee Alawi dalam situasi satu lawan satu.

Bagaimanapun pada minit ke-34, penyerang import dari Liberia tersebut diarahkan keluar padang oleh pengadil perlawanan kerana aksi ‘kungfu’ mengangkat kaki tinggi ketika Gonzalo Soto berada rapat dengannya.

Ketika perlawanan sepatutnya memihak kepada pasukan tuan rumah untuk masa perlawanan yang berbaki, Terengganu melebarkan kelebihan pada penghujung perlawanan hasil jaringan Zulashraf Zulkifli.

Pemain muda yang menggantikan Petrus Shitembi pada separuh masa pertama itu menggunakan kesempatan serangan balas pantas dengan mengawal hantaran Manuel Ott sebelum membuat larian ke arah pintu gol dan mudah menyudahkan peluang yang terhidang.

Ketua Jurulatih Sarawak United, B. Satiananthan yang ditemui selepas perlawanan jelas kecewa dengan pemainnya yang gagal untuk mengambil kesempatan ke atas lawan yang beraksi hanya 10 orang pemain dalam sebahagian besar perlawanan.

“Sepatutnya kita ambil perlawanan ini dengan 10 orang, kita sepatutnya mengatasi pasukan Terengganu. Tetapi kadang-kadang kita ni bermain bodoh sikit, ya,” ujar bekas jurulatih skuad kebangsaan tersebut.

“Kita melalui tengah di mana mereka dah berkumpul dan salah satu hantaran daripada tengah, itu mengakibatkan gol yang kedua… dan tak ada lagi crossing yang datang daripada tepi.

“Jadi, inilah yang kita nak betulkan, tetapi semangat memanglah pemain menunjukkan semangat, dengan ketiadaan lima pemain utama. Cuma Kone saya terpaksa ambil risiko walaupun dia ada sedikit cedera, tetapi inilah apa yang ada dalam skuad kita.”

Sementara itu Ketua Jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain pula memuji semangat luar biasa pemainnya dan bersyukur dengan kemenangan pertama pasukannya pada musim ini terutamanya ia berjaya diraih di tempat lawan.

“Dengan semangat melawan yang pemain tunjukkan dari awal, terutamanya seawal perlawanan kita telah bermain dengan 10 pemain [disebabkan] Kpah Sherman, [kemudian] kecederaan Petrus Shitembi,” ujar jurulatih berusia

“Tetapi pemain telah memberikan yang terbaiklah sepanjang 90 minit, termasuklah pemain simpanan. Pemain telah menunjukkan usaha yang tinggi malam ini, apatah lagi kita memang perlukan tiga mata.

“Jadi saya amat berterima kasih kepada semua pemain saya.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN