“Kualiti Padang Di Sini Sama Seperti Di Korea” – Mora Akui Fizikal Pemain Ulsan Hyundai Mantap

Setelah Johor Darul Takzim (JDT) berjaya mencatat aksi positif sewaktu membenam cabaran Guangzhou FC dalam aksi pertama peringkat Kumpulan I dalam saingan Piala ACL 2022, kini mereka bakal berhadapan satu lagi lawan lebih sukar iaitu Ulsan Hyudai malam ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Menurut pengendali JDT iaitu Benjamin Mora, beliau mengakui pasukan kendaliannya bakal menghadapi lawan yang mencabar dan tanpa berselindung aksi tersebut sukar diterjemahkan dalam bentuk kemenangan.

Namun, beliau berpendapat pasukan kendaliannya tetap mempunyai kelebihan dari segi faktor cuaca dan beraksi di hadapan para penyokong sendiri untuk memberi saingan sengit buat kelab dari Korea Selatan itu.

“Kami melihat aksi pertama mereka menentang Kawasaki Frontale dan mereka tampil dengan corak permainan yang tersusun dan kesempatan pasukan itu beraksi di padang Stadium Suitan Ibrahim semestinya beri kelebihan buat mereka tatkala padang di sini sama kualiti di Korea.

“Apapun, kami akan bersedia untuk mengharungi 90 minit perlawanan dan akan berdepan corak permainan fizikal yang bakal ditampilkan barisan pemain Ulsan Hyundai namun kami juga memiliki pemain yang mantap seperti Shane (Lowry) di posisi pertahanan dan Natxo (Insa) yang mampu mengimbangi corak permainan keras pasukan lawan.

“Mengenai barisan pemain lawan yang harus diberi tumpuan, saya perlu mengingatkan pemain JDT untuk mengawasi pemain tengah nombor 8 (Jun Amano) yang beraksi konsisten yang sentiasa menjana gerakan berbahaya selain penyerang dari Brazil (Leonardo de Souza) malah mereka juga ada dua lagi pemain import, Mark Koszla dan Valeri Qazaishvili,” katanya menerusi Arena Metro.

Dalam masa sama, pengendali dari Mexico itu turut mahu para pemain yang bakal beraksi dapat memberi fokus sepenuhnya dalam memastikan ancaman daripada pemain Ulsan Hyundai sambil mengingatkan agar tidak membuat sebarang kesilapan mudah yang bakal memberi masalah untuk pasukan.

Beliau turut menyatakan mengenai tiada tekanan yang diletakkan buat para pemain serangan import iaitu Bergson Da Silva dalam perlawanan tersebut, malahan Mora mahu pemain dari Brazil itu bebas mencorakkan serangan tanpa perlu rasa tertekan.

“Saya tidak mahu menyatakan apa-apa kepada Bergson kerana dia berada di tahap memuaskan malah ia berjalan lancar apabila berfungsi dengan baik dan dia tahu apa yang perlu dibuat. Tiada guna beri arahan dan tekanan. Biar dia laksanakan apa yang perlu dilakukan,” kata Mora.

Ketika ditanya tonggak pertahanan import dari Australia iaitu Shane Lowry mengenai perlawanan malam ini, beliau berharap agar tuah memihak pasukan diwakilinya ketika berhadapan jaguh dari Korea Selatan itu walaupun sedar tugas sukar menanti mereka.

“Apa yang harus kami lakukan apabila beraksi di padang adalah menepis tanggapan bahawa JDT tidak mampu tewaskan pasukan lawan, malah kami harus ada keyakinan diri untuk memberi saingan sengit dan memburu kemenangan kedua pada saingan ACL,” kata Lowry.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN