Dani Carvajal akan terlepas aksi di peringkat 16 pasukan terakhir UEFA Champions League (UCL) selepas menerima pergantungan 2 perlawanan oleh Jawatankuasa Tatatertib dan Disiplin UEFA (CEDB).
Pemain bek kanan itu dihukum oleh badan bola sepak eropah itu selepas dikatakan sengaja mengundang layangan kad kuning.
CEDB membuka siasatan terhadap Carvajal selepas pemain itu menerima kad kuning di masa tambahan ketika Real Madrid menewaskan APOEL 6-0 pada 21 November lalu.
Layangan kad kuning tersebut adalah yang ketiga buat Carvajal dalam pertandingan UCL pada musim ini.
Ia juga bermakna pemain berusia 25 tahun tersebut akan terlepas perlawanan terakhir peringkat kumpulan H, menentang Borussia Dortmund yang dimenangi oleh juara bertahan tersebut dengan jaringan 3-2 pada pertengahan minggu lalu.
Jika tidak menerima hukuman, maka Carvajal sepatutnya boleh beraksi untuk perlawanan pusingan kalah mati UCL, yang akan bermula pada Februari tahun hadapan.
Pengumuman oleh CEDB ini bermakna Carvajal tidak dibenarkan beraksi dalam perlawanan pusingan pertama peringkat kalah mati 16 pasukan yang akan memburu slot ke suku akhir.
Kenyataan daripada UEFA dipetik sebagai berkata:
“Pihak CEDB memutuskan untuk menggantung pemain Real Madrid CF, Dani Carvajal untuk dua (2) perlawanan dalam pertandingan UEFA, di mana beliau pada asalnya layak untuk beraksi.”
“Oleh kerana Dani Carvajal tidak beraksi untuk Real Madrid di dalam perlawanan Real Madrid vs Borussia Dortmund pada 6 Disember lalu, maka pemain ini masih perlu melalui satu (1) lagi pergantungan perlawanan.”
Sepanjang 6 perlawanan peringkat Kumpulan H pertandingan UCL, Dani Carvajal telah disenaraikan dalam kesebelasan utama Los Blancos dalam 3 dari perlawanan tersebut.