Manchester City Terus Berkuasa Dan Gah Dipersada Liga

Manchester City kini berada di puncak liga dengan jarak 11 mata selepas menewaskan pencabar terdekat, Manchester United dengan jaringan 2-1 di Old Trafford.

Jaringan pembukaan David Silva dan Nicolas Otamendi pada separuh masa kedua membolehkan pasukan pelawat mencipta rekod 14 kemenangan berturut-turut dan mengumpulkan 46 mata dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho mengakui saingan merebut gelaran juara Liga Perdana Inggeris sudah berakhir buatnya.

“Saya cukup yakin semua orang akan berjuang untuk mendapatkan mata dan merapatkan jurang, tetapi kelebihan adalah satu perkara yang cukup baik.

“Manchester City adalah pasukan yang amat baik dan mereka dilindungi dengan tuah dan tuhan bola sepak di belakang mereka.

“Mereka amat bertuah dan keputusan memihak mereka,” katanya.

Jaringan Nicholas Otamendi telah meranapkan impian Manchester United untuk menewaskan pendahulu liga di halaman sendiri. (Gambar: Manchester City official twitter)

Sementara itu, pengurus Manchester City, Pep Guardiola tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya. Beliau memuji aksi anak buahnya yang bermain mengikut taktikal yang dirancang olehnya.

“Hebat, kami telah bermain dengan menakjubkan,” ujar Pep.

“Bagi kami datang ke sini di Old Trafford dan bermain cara kami telah bermain, cuba bersabar dan bertindak bijak, mengawal serangan balas, saya berpuas hati.

“Saya gembira dengan cara kami telah bermain, kami boleh menang, kalah atau seri tapi yang penting cara kami bermain.

“Kami bukanlah pasukan terbaik di dunia dengan ‘set-pieces’ tapi kami telah menjaringkan dua gol dengan cara tersebut hari ini. Bola sepak itu luar biasa. Kami telah bercakap tentang banyak perkara mengenai United tapi tidak pernah tentang ‘set-pieces’! Kami bukanlah yang terbaik dalam hal tersebut!

“Bola sepak itu rumit, ia tidak mudah. Kami kembali bangkit di babak kedua, Fernandinho berpindah ke bek tengah dan Gundogan mengawal bahagian tengah dan kami menguasai situasi.

Di separuh masa pertama, City hampir menambah gol kedua melalui hantaran De Bruyne namun larian Leroy Sane terlau pantas yang membawa bola lambat sampai untuk disempurnakannya.

Namun di masa tambahan sebelum rehat, penyerang MU, Marcus Rashford menyamakan kedudukan apabila bola melepasi kepala Otamendi dan hadangan Fabian Delph sebelum penyerang muda England itu menyumbat masuk melepasi Ederson untuk menjadikan kedudukan 1-1.

Jaringan daripada Marcus Rashford yang menyamakan kedudukan kepada 1-1 (Gambar: Manchester United Official Twitter)

Pep Guardiola menyifatkan Manchester City layak menang kerana lebih banyak menguasai perlawanan dan kerap mengasak ke kubu lawan.

“Kami satu pasukan yang jujur, kami menguasai purata 80% posesi bola dan ia menunjukkan yang kami ke sini untuk bermain, dan saya berpuas hati dengannya.

“Ia amat bermakna dalam cara kami telah bermain dari segi keyakinan. Kami menang di Stamford Bridge, dan hari ini di sini, juga ke atas Liverpool dan Arsenal di tempat sendiri, empat pencabar utama tapi ia baru bulan Disember, ia mustahil untuk menjadi juara.

“Saya sudah tahu dari musim lalu. Saya sentiasa percaya kami dapat melakukannya. Setiap orang boleh bermain apa sahaja mereka mahu.

Gambar : Manchester City Official Twitter

“Setiap orang boleh bermain di mana sahaja mereka mahu. Saya gembira bertandang di laman para pencabar kami dan dapat mengalahkan mereka semuanya.

Pep turut mendedahkan yang kapten Vincent Kompany mengalami kecederaan dengan menambah,

“Kompany cedera, saya tidak tahu berapa lama tempohnya, kami sedang tunggu dan lihat.”

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN