K. Rajagobal Kekal Di PKNS FC, Tekad Beri Komitmen Dan Jiwa Raga Kepada Pasukan

PKNS FC mengumumkan lanjutan kontrak K. Rajagobal telah dipersetujui. Ianya diumumkan menerusi laman rasmi kelab tersebut.

Dalam kenyataan rasmi dari laman thepknsfc.com, mereka menyatakan:

“Ketua Jurulatih PKNS FC, Datuk K Rajagobal menyambung kontrak untuk membimbing skuad The Red Ants bagi musim 2019.”

“Satu majlis ringkas menandatangani kontrak baharu bersama Presiden, Puan Hajah Siti Zubaidah Abd Jabar telah diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC), hari ini dengan disaksikan oleh Setiausaha Kelab, Md Adi Harmizi Ariffin.”

“PKNS FC memperolehi pencapaian cemerlang sepanjang penglibatan di dalam Liga Malaysia pada musim ini dengan menduduki tangga ketiga unifi Liga Super, Separuh Akhir Shopee Piala Malaysia, Suku Akhir unifi Piala Malaysia dan Juara Piala Sultan Selangor.”

Datuk K. Rajagobal mengucapkan terima kasih kepada pengurusan PKNS FC yang menyambung kontrak beliau serta para pemain yang bekerja keras untuk memberikan kejayaan kepada pasukan.

Beliau berjanji akan memberikan komitmen sepenuh jiwa raga kepada pasukan.

“Saya sebagai jurulatih akan memberikan sepenuh tenaga, komitmen dan jiwa raga kepada pasukan.”

“Saya juga akan memberikan yang terbaik untuk pasukan Semut Merah kekal kompetitif dalam saingan Liga Malaysia tahun depan.’

Berita ini pastinya menggembirakan penyokong PKNS FC. Datuk K. Rajagobal pastinya akan memulakan proses untuk pembentukan pasukan bagi musim hadapan.

Tahniah Datuk K. Rajagobal!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN