K. Devan Tagih Kekebalan ‘Tembok Besar’ Perancis, Herold Goulon Dalam Misi Kekal Di Liga Super

Herold Goulon Sri Pahang ke Negeri Sembilan 2022 Devan

Pengendali Negeri Sembilan, K. Devan melaungkan hasratnya mahu melihat Negeri Sembilan FC kekal bersaing di Liga Super dan menaruh harapan kehadiran Herold Goulon akan mengukuhkan benteng pertahanan mereka.

Kali terakhir Negeri Sembilan bersaing di Liga Super adalah pada musim 2018 dan terjerumus semula ke Liga Premier selepas menduduki kedudukan tercorot Liga Super musim tersebut. Namun, kredibiliti pengendali itu sudah diketahui apabila meraih kejayaan bersama beberapa pasukan antaranya Selangor dan KM NAZA.

Malah, Negeri Sembilan juga pernah menjulang kejuaraan ketika dibawah bimbingannya iaitu pada musim 2003 (Piala FA) dan 2006 (Liga Super). Jelas, sentuhan emasnya bersama The Jangs masih belum ada noktahnya.

Dan kali ini, beliau menambah baik skuad yang menjuarai saingan Liga Premier 2021 dengan beberapa pemain baharu termasuklah pemain import seperti bek tengah tinggi lampai, Herold Goulon, Omid Nazri dan Matheus Alves. Beliau telah membawa masuk pemain yang dirasakan mampu memberi impak kepada skuadnya.

Kata Devan kepada Harian Metro, “Memandangkan kita layak ke Liga Super, kita kekalkan 12 pemain daripada skuad sebelum ini. Kita bawa masuk pemain yang berpengalaman di Liga Super termasuk [pemain] import.”

Beliau tidak mahu Negeri Sembilan hanya dianggap pelengkap saingan Liga Super, malah mahu memberi tentangan kepada semua pasukan. Tiada istilah pemain tangkap muat ketika beliau merekrut pemain baharu.

“Daripada kajian yang kita buat, kita mahu memilih pemain yang mampu beri impak kepada pasukan kerana kita mahu kekal lebih lama di Liga Super,” tambah Devan lagi yang pernah diangkat sebagai jurulatih terbaik Liga Malaysia (Liga M) pada musim 2006 dan 2009 dalam majlis Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK).

Bekas bek tengah Sri Pahang FC, Herold Goulon dilihat antara pemain import terbaik yang dibawa masuk Devan kali ini dan memang sedikit mengejutkan apabila beliau berjaya ‘dipujuk’ untuk berhijrah ke Negeri Sembilan.

Tiga musim memerah keringat di Darul Makmur tentunya pengalaman terbaik buat Goulon dalam mengenali saingan Liga M seterusnya ia akan dibawa untuk mengukuhkan benteng The Jangs bagi saingan musim depan.

Ujar Devan tentang Goulon, “Kita ambil Herold Goulon kerana kita memerlukan seorang pemain yang memiliki kepimpinan daripada bawah. Dia memiliki ketenangan dan kualiti hantaran yang cukup baik.” Jelas sekali beliau mahu menggunakan kelebihan fizikal Goulon selain kepimpinannya di dalam padang mengemudi pasukan.

Bagaimana Anda Boleh Hidupkan ‘Vibe’ Tonton Bola Di Kedai Mamak Bersama sooka

Memiliki ketinggian 195cm, Goulon merupakan antara tonggak utama skuad Tok Gajah walaupun tidak berjaya memenangi sebarang trofi bersama mereka. Malah, beliau pernah menjadi buah mulut para peminat bola sepak tempatan selepas jaringan sepakan percuma jarak jauh ketika aksi separuh akhir pertama Piala FA 2019.

Jaringan menarik yang diledaknya ketika berdepan Perak tersebut bukan sahaja telah menjadi bualan hangat peminat bola sepak tempatan, tetapi turut mendapat liputan yang meluas daripada media antarabangsa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN