K. Devan Akui Negeri Sembilan Tak Akan Hadapi JDT Secara ‘Parking Bus’

Pengendali Negeri Sembilan iaitu K. Devan mengakui mereka bakal tampil secara berhabis-habisan untuk aksi suku akhir kedua Piala Malaysia 2023 untuk mengatasi Johor Darul Ta’zim (JDT).

Sebelum itu, Negeri Sembilan merekodkan kekalahan 0-3 bagi suku akhir pertama yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR), Paroi, selepas tampil kurang memberansangkan sepanjang 90 minit aksi berlangsung.

Tiga gol JDT ketika itu diledak oleh Bergson menerusi dua jaringan serta satu daripada melalui pemain muda kebangsaan, Arif Aiman Hanapi untuk mengesahkan kemenangan di Paroi.

Walaupun mencatat keputusan tersebut, Negeri Sembilan jelas belum mahu mengakui kekalahan mereka dengan lebih awal kerana pasukan tersebut mahu bangkit bagi aksi suku akhir kedua malam ini.

Malah, Devan juga mengakui beliau tidak bercadang untuk menerapkan corak permainan secara bertahan pada aksi tersebut ketika berdepan JDT di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri.

Sebaliknya, pengendali tersebut mahu bermain secara terbuka serta berjuang berhabis-habisan supaya keputusan positif dapat dilakar biarpun lawan memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri.

Walaupun peluang mereka untuk mara ke separuh akhir dianggap sukar, Devan menjelaskan beliau sesekali tidak akan memberi laluan mudah buat JDT ke separuh akhir dengan cabaran sengit bakal diberikan pasukan itu.

“Saya cakap secara realiti bahawa apabila menentang JDT sudah pastinya sukar untuk kita melangkah ke pusingan seterusnya kerana seperti sedia maklum pasukan itu cukup kuat dalam segala aspek.

“Namun, saya tidak akan bermain ‘parking bas’ atau hanya berkampung di kawasan sendiri saja dan mahu pemain tetap melancarkan serangan ke kubu lawan.

“Saya juga harap kita tidak bolos kerana jika JDT boleh pamerkan pasukan itu hebat di jentera serangan, kita pula akan buktikan terbaik di bahagian pertahanan,” katanya menerusi laporan Harian Metro.

Pada masa sama, Devan juga menyatakan ketika ini para pemain beliau bebas daripada sebarang kecederaan, dan pengendali tersebut sedia menurunkan barisan terbaik untuk menghadapi JDT.

“Ada beberapa pemain cedera pada perlawanan suku akhir pertama sudah pulih sekali gus memberi kelegaan kepada pasukan untuk menentang JDT esok,” katanya lagi.

Dijangka pemain seperti Mahali Jasuli, Youssef Ezzejjari, serta Hein Htet Aung sedia dibawa turun untuk menggempur kubu pertahanan JDT malam ini menerusi kualiti dimiliki mereka.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN