La Stampa melaporkan bahawa Juventus telah menolak bidaan daripada Tottenham Hotspur untuk mendapatkan penyerang sensasi Argentina, Paolo Dybala.
Sebelum ini Juventus membuka pintu kepada pemain itu untuk dibida mana-mana pasukan dengan syarat pemain itu gembira dengan perpindahan tersebut dan juga harga yang ditawarkan memuaskan.
Mauricio Pochettino terus mendapat sokongan daripada Daniel Levy bagi membeli pemain. Pengendali Tottenham itu sangat meminati gaya pemain senegara beliau itu yang sesuai dengan sistem taktikal moden yang diaplikasi di Spurs.
Namun begitu Juventus dilaporkan telah menolak bidaan sekitar £45 juta (€50 juta) yang dilakukan oleh Spurs. Juve menganggap bidaan itu sebagai terlalu rendah.
Tottenham have had a €50million bid rejected by Juventus for forward Paulo Dybala, according to La Stampa.
The Bianconeri want around €90million for the Argentine attacker. pic.twitter.com/u9px3clfEc
— Hotspur Hacker (@HotspurHacker) July 26, 2019
Juventus meminta Spurs untuk membida sekurang-kurangnya £81 juta (€90 juta) untuk Dybala, jika mereka mahu melakukan bidaan kedua selepas ini.
Dybala pula dilaporkan masih memilih untuk kekal dengan Juventus. Ini kerana beliau mahu membuktikan sesuatu kepada jurulatih baharu, Maurizio Sarri sekaligus menjadi pemain kesebelasan utama.
Buat masa ini Spurs masih belum bercadang untuk melakukan bidaan kedua kerana merasakan harga tersebut terlalu tinggi untuk mereka.