Laporan wakil Sky Sports dari Itali, Angelo Magiante mendedahkan bidaan Chelsea bernilai £62 juta berserta bayaran bonus tambahan telah ditolak oleh Juventus.
Ini selepas kelab tersebut menerima bidaan £35 juta untuk Leonardo Bonucci dari AC Milan.
Jika tawaran untuk Alex Sandro itu diterima, bermakna, Alex Sandro adalah pertahanan paling mahal dalam sejarah bola sepak memecahkan rekod bayaran diterima Spurs dari City semalam bernilai £53 juta untuk Kyle Walker.
Chelsea offered € 70 M + add-ons for Alex Sandro, last official bid. Juventus turned it down. No more chance after loosing Bonucci
— Angelo Mangiante (@angelomangiante) July 14, 2017
Juventus juga hampir pasti akan ‘tutup kedai’ untuk penjualan pemain utama mereka. Ini selepas Juventus kehilangan Leonardo Bonucci. Pada masa yang sama mereka gagal memujuk Dani Alves untuk kekal di kelab tersebut sebelum ini.
Mereka kini dilaporkan tidak akan menjual pemain-pemain utama kelab tersebut. Juventus turut memeterai perjanjian dengan Douglas Costa.
Polisi perpindahan Chelsea kali ini yang diketuai Michael Emenalo mendapat kritikan hebat sekali lagi. Musim lalu, Emenalo turut gagal membantu Antonio Conte mendapatkan Koulibaly.
Beberapa pemain lain yang berada di dalam sasaran Conte turut gagal dihadirkan oleh Emenalo ke Chelsea kali ini. Antara nama yang dikaitkan adalah Romelu Lukaku dan Alvaro Moratta.
Sebelum ini Chelsea dilaporkan cuba memasukkan Nemanja Matic di dalam usaha mereka untuk mendapatkan Alex Sandro. Ia dilihat satu tawaran yang menarik kerana Max Allegri sendiri mengakui meminati Nemanja Matic.