Juventus Tidak Perlukan Ronaldo Untuk Ke Champions League

Juventus melonjak te tangga keempat pada hari terakhir saingan Serie A untuk mengesahkan slot ke pertandingan Champions League pada musim hadapan, setelah kelab dari Turin itu menewaskan Bologna 4-1, dan satu lagi perlawanan lain turut memihak kepada mereka.

Kemenangan tersebut membenarkan skuad kendalian Andrea Pirlo memiliki kelebihan satu mata ke atas Napoli selepas pasukan bimbingan Gennaro Gattuso itu sekadar melakar keputusan seri 1-1 menentang Hellas Verona.

Lebih mengejutkan, penjaring terbanyak Serie A musin ini, Cristiano Ronaldo sekadar diletakkan di bangku pemain simpanan oleh Pirlo dalam perlawanan yang dianggap amat penting itu.

Ronaldo tidak mengalami sebarang kecederaan. Namun langkah tersebut dipercayai diambil oleh Pirlo atas sebab teknikal.

Kapten pasukan kebangsaan Portugal itu kini dikait rapat untuk kembali menyertai Sporting Lisbon atau pun Manchester United pada musim panas ini selepas dikatakan mempunyai beberapa isu dengan rakan sepasukan di Turin.

Walaupun perkara tersebut dinafikan oleh ejen beliau, Jorge Mendez, ia tidak menghalang khabar angin perpindahan terus bertiup kencang dengan Ronaldo dikatakan rela untuk menerima pemotongan gaji untuk meninggalkan Turin.

Tanpa Ronaldo, Juventus tidak menunggu lama untuk berada di hadapan apabila mendahului seawal minit ke-5 melalui jaringan Federico Chiesa.

Jaringan tersebut kemudiannya ditambah oleh Alvaro Morata dan Adrien Rabiot sebelum tamat saingan babak pertama untuk memastikan perlawanan tersebut di luar jangkauan Bologna. Pasukan lawan bagaimana pun berjaya mendapatkan gol sagu hati melalui Riccardo Orsolini pada babak akhir perlawanan.

Bercakap kepada media selepas perlawanan, Pirlo dipetik sebagai berkata: “Pada saya ia amat penting untuk menyelesaikan apa yang kami mulakan pada musim panas lalu, dengan Supercup, kemudian Coppa Italia, dan untuk melayakkan diri ke Champions League.

“Untuk masa depan, kita akan lihat. Pasukan ini amat kuat. Mereka hanya memerlukan beberapa perkara lain.

“Apabila anda berlari dengan 11 pemain untuk mengejar sasaran, anda sentiasa kuat. Kami kekurangan perkara tersebut sepanjang tahun, namun mulai mengubahnya dan sedar betapa kami perlu bekerja keras demi impian dan keputusan yang kami mahukan.

“Saya juga yakin 100% akan kekal di kawasan teknikal Juventus selepas kejayaan ini, dan akan bercakap dengan pihak kelab selepas ini,” ujar Pirlo.

 

Baca artikel lain mengenai Juventus:

Ronaldo “Senyap-Senyap” Hantar Kereta Mewah Ke Lisbon, Petanda Bakal Tinggalkan Juventus?

5 Pemain Paling ‘Underated’ Yang Pernah Beraksi Untuk Juventus

Juventus Tak Sepatutnya Bawa Masuk Ronaldo

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN