Perpindahan Cristiano Ronaldo ke Juventus kini telah pun terlaksana dengan sahnya.
Pemain tersebut berpindah dari Real Madrid untuk menikmati bola sepak Serie A di penghujung karier beliau.
Menurut ejen Ronaldo iaitu Jorge Mendes, beliau secara peribadinya gembira dengan perpindahan ini berjaya dilaksanakan dengan baiknya.
Dalam masa yang sama, Mendes turut memberikan isyarat yang Juventus bakal menjadi kelab terakhir dalam karier Ronaldo sebelum beliau menggantungkan but.
“Saya cukup gembira buat Cristiano Ronaldo, Juventus bakal jadi kelab terakhir beliau.”
Beliau juga turut berterima kasih kepada Andrea Agnelli yang merupakan Pengerusi Juventus yang turut memastikan perpindahan ini terjadi.
“Saya cukup gembira yang Ronaldo kini telah membuat keputusan untuk menyertai pasukan ini. Saya juga berterima kasih kepada Andrea Agnelli kerana konsistensi yang ditunjukkan oleh beliau dalam melakukan urusan dengan Real Madrid.”
Perpindahan yang tidak disangka-sangka oleh ramai pihak itu menyaksikan tamatnya era 9 tahun Ronaldo bersama-sama kelab Sepanyol itu.
Mendes yakin Ronaldo telah meneliti keputusan yang dilakukannya dan tidak akan menyesali apa yang dipilihnya.
“Ronaldo tidak akan menyesali keputusan yang dilakukan beliau.”
“Ia merupakan satu keputusan hidup yang penting tetapi beliau telah lakukan dengan baik.”
Ronaldo menandatangani kontrak bersama juara Serie A itu selama 4 tahun dengan perpindahan mencecah €105 juta.
Beliau meninggalkan Real Madrid selepas memenangi 16 kejuaran domestik dan juga di peringkat antarabangsa.