12 Benda Yang Budak Sekolah Asrama Pernah Buat Untuk Tengok Piala Dunia

1. Tulis surat rasmi kepada ketua warden untuk skip prep malam sebab nak tengok game.

2. Kalau ketua warden korang sporting, dia bagilah korang skip prep untuk tengok bola. Tapi dengan satu syarat; korang kena susun dan kemaskan balik bilik TV. Tapi realitinya…

3. Kalau ketua warden korang tak sporting, terpaksalah korang ‘fly’ asrama.

Fly = slang budak asrama yang bermaksud curi keluar dari kawasan asrama.

4. Kalau tak berani fly, korang akan ponteng prep untuk lepak bilik TV sambil tengok game senyap-senyap. Semua orang dilarang bersorak. Volume TV pun korang rendahkan sampai kosong.

5. Kalau tak berani ponteng prep juga, korang memang pelajar contoh la. Mungkin korang dengar result kat radio je lepas game.

6. Tapi masa final Piala Dunia, biasanya ketua warden akan bagi pengecualian tak payah datang prep malam untuk tengok game. Perasaan korang be like

7. Disebabkan TV kat dewan makan ada 2, akan ada 2 kumpulan penyokong. Satu tengok TV kat bahagian lelaki, Satu lagi pula tengok TV kat bahagian perempuan.

8. Selalunya lepas solat maghrib berjemaah, semua orang akan duduk berzikir dan berdoa. Tapi masa malam final, semua orang skip zikir dan terus cabut ke dewan makan!

9. Sebelum game start, korang pergi tandas dan cat muka dengan bendera negara finalis pakai watercolor yang jarang-jarang korang sentuh masa kelas Pendidikan Seni.

10. Bila team korang score, korang bersorak panjat meja dewan makan dan start menganjing penyokong team lawan kat TV sebelah sana.

11. Bila ketua warden nampak korang bersorak atas meja dewan makan (siap campak-campak kerusi sampai patah), time tu la ketua warden akan mengamuk terus tutup TV dan suruh semua orang balik dorm masing-masing. Padahal game tak habis lagi.

12. Korang pun tak tahu result final. Dapat tahu result pun lepas dengar berita radio pagi-pagi esoknya haha

Jom sertai team Semuanya BOLA tengok final Piala Dunia 2018 di MBO The Starling Mall!

Ya betul! Team Semuanya BOLA nak ajak korang dan kawan-kawan korang datang ke MBO Cinemas The Starling Mall, Damansara Utama pada malam final Piala Dunia 2018 nanti untuk sama-sama meriahkan Live Screening Party 2018 FIFA World Cup™ bersama Football Republic.

Banyak selebriti-selebriti terkenal yang akan turut sama datang ke sana pada malam tu nanti. Antaranya adalah artis hip hop tempatan, Waris dan Aman RA, bintang Liga Super Malaysia seperti Badhri Radzi (Piya), Khairul Fahmi (Apek), Issey Nakajima-Farran serta pemain-pemain futsal wanita kebangsaan, Niena Azman dan Steffi Sidhu.

Pelbagai aktiviti dan hadiah menarik akan disediakan oleh Football Republic untuk korang bermula jam 7 malam sampailah game habis! Antaranya:

1. Game Stations (ada foosball, timbang bola, rembat paling kuat)

Uji skill foosball korang dan kawan-kawan korang di Game Stations yang disediakan. Korang juga boleh test kasut bola Nike dan Adidas idaman korang dengan menimbang bola dan merembat bola di sana.

Yang paling best, korang juga boleh dapat kupon diskaun RM20 dan tiket cabutan bertuah kalau korang join aktiviti-aktiviti yang disediakan!

2. Pameran produk bola sepak terbaru oleh Football Republic

Dapatkan jersi, kasut bola dan pelbagai produk bola sepak terbaru dari Adidas, Nike dan New Balance di pameran Football Republic.

3. Pertandingan FIFA 18 PS4

Sembang banyak tak guna. Test skill FIFA 18 korang dan kawan-kawan korang dalam tournament FIFA 18 PS4 yang akan bermula jam 6.30 petang. Juara akan dapat baucar tunai sebanyak RM2,000. Wow!

4. Hadiah, hadiah dan banyak hadiah untuk diberi!

Pelbagai hadiah akan diberikan oleh Football Republic untuk diberi kepada korang dalam live screening party ini. Pastikan korang turut serta dalam cabutan bertuah dan aktiviti-aktiviti menarik lain yang disediakan!

Korang boleh tengok sendiri kemeriahan live screening party ini masa perlawanan quarter final lepas antara Sweden dengan England. Kalau quarter final pun dah meriah, apatah lagi final kan?

Tempat wajib anda pergi untuk tonton Final match

Korang mesti terfikir nak lepak mana untuk tengok final match ni kan??KOPPA cadangkan kat korang untuk pergi ke Football Viewing Party di MBO Cinemas Starling Mall, 15 July ni!!!

.
Takkan setiap tahun nak lepak mamak je kan, so atleast if korang datang dapat berpeluang utk menang boot dan join aktiviti-aktiviti yang disediakan, dengar cite Waris pun ada bro (Rembau Most Wanted)
.
Apa lagi tunggu ? ajak kawan ramai2, sementara tunggu game start asah bakat FIFA korang tu!!!!

Posted by Koppa.tv on Wednesday, July 11, 2018

Jadi jom ajak kawan-kawan korang untuk datang beramai-ramai ke MBO Cinemas The Starling Mall, Damansara Utama bermula jam 6 petang pada 15 Julai 2018 ini!

Jumpa korang kat sana!

Aturcara:
8.00 pm – Ketibaan orang ramai
8.15 pm – Pertandingan FIFA 18 PS4 anjuran Semuanya BOLA
8.45 pm – Cabutan bertuah pertama
9.00 pm – Pertandingan foosball
9.30 pm – Perlawanan akhir FIFA 18 PS4 anjuran Semuanya BOLA (Skrin besar)
10.00 pm – Cabutan bertuah kedua
10.30 pm – Persembahan Waris
11.00 pm – Sepak mula perlawanan akhir 2018 FIFA World Cup
11.45 pm – Cabutan bertuah terakhir (Hadiah Utama)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN