Juventus kalahkan Sassuolo dalam aksi Serie A yang menyaksikan 3 lagi mata dipungut mereka.
Kemenangan ini menjadikan mereka pasukan pertama di Serie A untuk memungut 50 mata musim ini.
Jarak mula jauh
Juventus kalahkan Sassuolo dalam aksi yang melihatkan mereka menguasai perlawanan.
Dengan penguasaan bola sebanyak 55%, Juventus mencipta 14 percubaan dan 5 daripadanya adalah tepat ke arah pintu gol lawan.
Tuaian mereka memperoleh hasil apabila Gonzalo Higuain menjaringkan gol seawal minit ke-9 permainan.
Ia berpunca dari situasi di mana Alex Sandro menghantar bola ke dalam kawasan penalti, dan Higuain mudah menolak masuk bola itu ke dalam pintu gol.
Pada minit ke-25 menyaksikan Juventus semakin di depan apabila mereka berjaya menjaringkan gol kedua menerusi Sami Khedira.
Gol tersebut tercipta hasil daripada usaha Paulo Dybala untuk menyudahkan hantaran lintang dari Higuain yang akhirnya disudahkan oleh Khedira.
AS Roma, AC Milan tumbang
Hari Juventus semakin indah apabila 2 musuh terdekat mereka tewas. Masing-masing tewas di laman lawan.
AS Roma tewas 3-2 di tangan Sampdoria yang menyaksikan Sampdoria bangkit dari ketinggalan 2-1.
Bruno Peres memberikan gol pendahuluan buat AS Roma pada minit ke-5 sebelum Dennis Praet menyamakan kedudukan pada minit ke-21.
Edin Dzeko memberikan pendahuluan kali kedua untuk AS Roma namun kemudiannya Patrik Schick memberikan gol penyamaan kali kedua untuk Sampdoria.
Gol kemenangan Sampdoria hadir juga apabila Luis Muriel menjaringkan gol pada minit ke-73.
AC Milan pula tewas ditangan Udinese 2-1.
Seperti AS Roma, AC Milan juga mendahului perlawanan selepas Giacomo Bonaventura menjaringkan gol pada minit ke-9 hasil dari umpanan Suso.
Cyiril Thereau menyamakan kedudukan pada minit ke-31 sebelum Rodrigo De Paul menjaringkan gol kemenangan buat pasukan tuan rumah pada separuh masa kedua.
Internazionale pula memperoleh kemenangan selesa di lama sendiri selepas menundukkan Pescara 3-0.
Danilo D’Ambrosio memberikan pendahuluan buat Internazionale selepas menjaringkan gol pada separuh masa pertama sebelum Joao Mario menjaringkan gol kedua, 2 minit sebelum separuh masa pertama tamat.
Eder mematri kemenangan buat pasukan tuan rumah dengan gol pada minit ke-73.
Napoli mempunyai peluang untuk naik ke tangga kedua Serie A apabila mereka menentang Palermo hari ini.
Baca juga: Barcelona Seri Lawan Real Betis Selepas Gol Mereka Dinafikan Pengadil