Juventus Berminat Untuk Mendapatkan Khidmat James Rodriguez

Masa depan James Rodriguez dengan Bayern Munich mungkin semakin samar. Beliau ketika ini masih dalam tempoh pinjaman di Bayern dari Real Madrid.

Tempoh pinjaman itu akan berakhir pada musim panas 2019. James Rodriguez dijangka mungkin tidak akan mendapat perjanjian tetap dengan Bayern Munich.

Hal ini selepas beliau dilaporkan berkelakuan biadap dengan Niko Kovac sebelum ini dan kerap merungut dengan polisi penggiliran pemain.

Oleh itu, Bayern Munich mungkin tak akan membayar klausa pembelian tetap itu tanpa restu Niko Kovac.

James Rodriguez ketika ini masih lagi dalam proses pemulihan daripada kecederaannya. Beliau dikatakan memerlukan beberapa minggu lagi untuk cergas sepenuhnya.

Selepas isu masa depan beliau dengan Bayern Munich keligatan mungkin sudah berakhir – beberapa media di Eropah mulai mengaitkan beliau dengan kelab di EPL bagi saingan musim hadapan.

Namun begitu di Itali oleh Corriere Dello Sport; Juventus dikatakan berminat untuk mendapatkan perancang dari Colombia itu. Juventus kini mahu memperkuatkan lagi pasukan mereka dengan kualiti pemain seperti James untuk merealisasikan impian mereka menjuarai UCL.

James Rodriguez memiliki segala kriteria yang diinginkan oleh Max Allegri. Beliau pemain yang kreatif, bertenaga dan juga mampu menjadi penjaring gol tambahan dari bahagian tengah.

Namun begitu, Juventus harus menunggu sama ada pengendali baharu Real Madrid – Santiago Solari mungkin mahu memberikan peluang kedua kepada James Rodriguez untuk bermain bersama skuad Los Blancos itu.

Buat masa ini Santiago Solari masih terlalu baru untuk membincangkan isu siapa pemain yang beliau kehendaki terutama sekali pada jendela perpindahan Januari ini ataupun untuk musim hadapan.

Selain itu, tidak mustahil Niko Kovac juga mahukan pemain itu kekal di dalam pasukannya untuk musim hadapan. Dan banyak sekali kemungkinan yang membolehkan beliau berjaya mendapatkan kontrak tetap dengan Bayern Munich.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN