Bonucci Melabel Penyokong Itali Yang Menge-‘boo’ Beliau Sebagai Bodoh

Dalam aksi Liga Negara-Negara Eropah di antara Itali dan Portugal, bek tengah Itali – Leonardo Bonucci – telah di’boo’ oleh beberapa penyokong Itali di San Siro.

Kelompok penyokong tersebut dipercayai daripada penyokong AC Milan yang marah dengan keputusan Bonucci yang meminta untuk dijual semula ke Juventus.

Pada musim lalu Bonucci menyertai AC Milan daripada Juventus. Beliau kemudiannya dilantik menjadi kapten pasukan AC Milan. Namun malangnya, Bonucci merasakan beliau telah membuat kesilapan ketika menyertai AC Milan.

Bonucci mendapat tahu Juventus masih membuka pintu untuk beliau dan memberitahu kelab tersebut bahawa beliau mahu pulang ke sana semula.

Juventus kemudian mulai merisik Bonucci. AC Milan terpaksa menjual semula Bonucci selepas pemain itu meminta agar AC Milan menerima bidaan daripada Juventus.

Pengurus Itali, Roberto Mancini menganggap ianya perbuatan yang tidak boleh diterima. Beliau berpendapat urusan pasukan kebangsaan tidak boleh sesekali dicampur dengan urusan di peringkat kelab.

Mancini dengan nada agak kecewa berkata: “Ini satu kesilapan oleh penyokong yang menge-boo Bonucci. Protes sebegini tidak seharusnya dibawa dalam pasukan kebangsaan.”

Sementara itu Leonardo Bonucci dengan nada lebih panas melabel mereka yang berbuat demikian sebagai bodoh.

“Di luar sana – ada sahaja mereka yang bodoh dan kurang ajar [merujuk kepada penyokong yang menge-boo beliau] – terus lahir.”

“Namun saya tak terkesan dengan mereka. Ini kerana saya mendapat sokongan daripada rakan sepasukan dan juga jurulatih.”

Itali seri tanpa jaringan di dalam perlawanan tersebut. Sekaligus menyaksikan mereka gagal untuk mara ke pusingan seterusnya dan tersingkir ke Liga B – UNL.

Sementara itu Portugal akan beraksi dalam separuh akhir UNL selepas menjadi juara kumpulan A3.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN