Juventus Berminat Dapatkan Khidmat Zidane Ganti Massimiliano

Juventus dikatakan bermi­nat untuk melantik ikon kelab, Zinedine Zidane sebagai pengurus mereka musim depan, menurut akhbar Sepa­nyol, EI Pais.

Legenda bola sepak Perancis itu yang meninggalkan Real Madrid pada Mei lalu selepas menjulang tiga kejuaraan Liga Juara-Juara berturut-turut pernah mengharungi musim cemerlang ketika beraksi buat Juventus dari 1996 hingga 2001.

Menurut media Itali dan Sepanyol, Juventus mahu me­nyingkirkan Massimiliano ­Allegri pada hujung musim ini untuk membuka pintu kepada Zidane kembali ke Stadium Juventus.

Jika itu berlaku, Zidane bakal bergabung semula dengan bintang penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo yang dibimbingnya ketika di Madrid.

Bagaimanapun, Juventus bukan satu-satunya gergasi Eropah yang berminat mendapatkan khidmat Zidane kerana bekas perancang utama Perancis yang terkenal dengan julukan Zizou itu turut ­diintai Manchester United.

https://twitter.com/chenhoo22/status/1032682879019507713

United yang kini berdepan konflik dengan Jose Mourinho melihat Zidane sebagai calon terbaik untuk mengembalikan gergasi Liga Perdana Inggeris itu ke landasan yang betul.

Kedudukan Mourinho di Old Trafford goyah selepas Mourinho bertelagah dengan Naib Pengerusi Eksekutif United, Ed Woodward kerana tidak dibenarkan melakukan pembelian pemain.

Dia juga mempunyai hubu­ngan tegang dengan dua bintang kelab, Paul Pogba dan Anthony Martial.

Akhbar Britain, Mirror men­­dakwa, reputasi Zidane menggembirakan pengurusan tertinggi Uni­ted yang bersedia me­mulakan langkah untuk memancing pemenang Piala Dunia 1998 itu.

Selepas melakukan kesilapan besar menggantikan Alex Ferguson dengan jurulatih yang tidak memiliki latar belakang hebat, David Moyes pada 2013, Red De­vils tidak akan mengulangi kesilapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN