Juventus Sediakan Tawaran Kontrak Baru £4.3 Juta Setahun Untuk Alex Sandro

Juventus dilaporkan sudah menyediakan kertas kontrak lanjutan untuk Alex Sandro dengan nilai gaji £4.3 juta setahun. Ini untuk menghalang pemain tersebut daripada menyertai pasukan lain pada musim hadapan.

Alex Sandro dijangka akan memuktamadkan masa depan beliau dalam minggu ini.

Buat masa ini, Chelsea dan Paris Saint Germain (PSG) antara kelab yang berminat dengan pemain bek kiri tersebut. Juventus sedia untuk melanjutkan kontrak pemain tersebut sehingga 2022.

Juventus sebelum ini menolak bidaan bernilai £62 juta dari Chelsea. Ini membuktikan kelab tersebut serius untuk mengekalkan pemain tersebut di Turin.

Chelsea sedia menawarkan gaji tahunan bernilai £5.2 juta kepada Alex Sandro. Hampir £1 juta lebih daripada apa yang ditawarkan oleh Juventus.

Antonio Conte sangat memerlukan pemain ini untuk melengkapkan pasukan utama beliau pada musim hadapan. Alex Sandro efektif sama ada bermain sebagai bek sisi ataupun bek sayap.

Namun begitu, musim lalu Chelsea memiliki Marcos Alonso sebagai antara pemain terbaik mereka.

Selain itu, Juventus juga akan berusaha untuk mendapatkan pemain yang kurang menjadi di Real Madrid iaitu Danilo. Ini untuk menggantikan pemergian Dani Alves.

Real Madrid dilaporkan meletakkan harga £17 juta untuk bek kanan tersebut. Juventus akan mengutamakan kontrak Alex Sandro terlebih dahulu. Kemudian baru mereka akan merancang perbelanjaan untuk pemain urusan yang lain.

Adakah Alex Sandro memilih untuk kekal di Juventus?

Sumber/rujukan:

Football Italia – http://www.football-italia.net/105097/juve-offer-new-alex-sandro-deal

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN