Pedro, Pemain Profesional Paling Tua Ini Mendakwa Dirinya Dipaksa Bersara Oleh CBF

Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF) dilaporkan telah mengeluarkan arahan agar pemain bersara kerana sudah telalu tua. Beliau adalah pemain profesional berusia 68 tahun, Pedro Ribeiro De Lima yang bermain dengan kelab kecil, Perilima.

Buat masa ini, pihak CBF masih belum membuat keputusan rasmi tentang isu ini. Namun mereka mengesahkan bahawa tiada had umur untuk pemain profesional dalam peraturan liga di bawah CBF.

CBF menafikan mereka menggunakan kuasa veto untuk mengarahkan Pedro bersara. Pengarah komunikasi CBF, Douglas Lunardi berkata:

“Tiada satu pun regulasi yang menyebut had umur maksimum untuk pemain bola sepak profesional. Dan tiada satu artikel pun yang berkaitan dengannya.”

“Jika pemain tersebut tidak mampu bermain lagi untuk kelab mereka, itu masalah lain, ia tiada kaitan dengan CBF.”

Pedro yang menangis di hadapan wartawan berkata:

“Mereka merasakan saya sudah terlalu tua untuk bermain bola sepak dan karier saya sudah lama berakhir. Lalu saya pergi kepada doktor untuk membuat pemeriksaan, keputusan ujian perubatan saya positif.”

“Mengikut laporan doktor, saya masih boleh bermain.”

Perilima akan beraksi dalam divisyen 2 Liga Kejuaraan Paraibano yang akan bermula bulan hadapan. Presiden kelab Perilima berkata, mereka akan cuba menyelesaikan masalah ini.

Secara kebetulan Perilima baru sahaja menandatangani kerjasama dengan sebuah lagi kelab kecil di bandar Paraibana iaitu Serrano-PB.

Pedro mungkin akan didaftarkan di dalam kelab tersebut bersama-sama dengan pemain veteran dan bekas pemain yang lain.

Presiden kelab Serrano, Valdir Cabral mengalu-alukan kedatangan Pedro ke dalam kelab mereka. Ini untuk membantu pemain-pemain muda kelab tersebut dengan pengalaman beliau.

Secara tidak langsung Serrano dapat membantu Perilima membina pasukan yang lebih baik pada masa hadapan.

Ramai penyokong Perilima kecewa dengan berita ini kerana mereka sudah menyaksikan Pedro sekian lama bersama kelab tersebut jatuh dan bangun sehinggalah mereka berjaya beraksi di divisyen 2.

Jaringan pertama Pedro bersama Perilima adalah ketika beliau berusia 58 tahun. Ianya adalah menerusi sepakan penalti menentang Campinense pada 2007.

Penjaga gol Campinese ketika itu adalah Jailson yang merupakan penjaga gol terbaik tahunan liga. Kini Jailson beraksi bersama juara Brazil Palmeiras.

Ramai yang merasakan tindakan Jailson agak pelik ketika penalti tersebut di diambil.

Pedro menyepak bola sedikit ke kanan. Dan Jailson dengan pelik hanya menjatuhkan badan di tengah gol tanpa menepis bola yang lalu di sebelah kiri beliau. Saksikan:

Adakah Jailson sengaja memberikan kenangan indah kepada Pedro?

Sebagai tambahan Pedro pernah diberikan penghargaan untuk membawa obor Olimpik Brazil sebagai penghargaan kepada beliau yang merupakan pemain profesional paling tua di Brazil.

Apapun, kini, Pedro masih cuba memperjuangkan nasib beliau untuk beraksi bersama kelab Perilima di divisyen 2 musim hadapan.

Seterusnya, siapakah pula sebenarnya yang mengeluarkan surat arahan bersara kepada Pedro?

Kami mahu anda menyatakan teori konspirasi anda di bahagian komen dan adakah anda menyokong Pedro untuk kekal bersama Perilima atau bersara?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN