Jutaan Penyokong Di Buenos Aires ‘Naik Gila’, Pemain Argentina Terpaksa Diterbangkan Dengan Helikopter

Argentina Bas Penyokong

Perarakan skuad Argentina bagi meraikan kejayaan menjuarai Piala Dunia 2022 di Buenos Aires telah dipendekkan ekoran isu keselamatan selepas ibu kota tersebut dibanjiri oleh empat juta penyokong.

Sebaliknya kapten pasukan Lionel Messi bersama seluruh anggota skuad yang lain terpaksa diterbangkan dengan helikopter di mana kerajaan Argentina menyifatkannya sebagai perarakan udara.

“Pasukan jaura dunia terpaksa diterbangkan dengan helikopter kerana agak mustahil untuk meneruskan perarakan darat berikutan ledakan keterujaan rakyat,” ujar Gabriela Cerruti, jurucakap presiden Alberto Fernandez di media sosial.

Perarakan tersebut telah pun dimulakan tetapi bas bergerak terlalu perlahan selama lebih empat jam sebelum ianya terpaksa dihentikan.

Pihak berkuasa keselamatan telah memaklumkan risiko keselamatan serkiranya pemain dibawa ke monumen Obelisk di tengah Buenos Aires kerana saiz orang ramai yang berkumpul dianggarkan sehingga empat juta orang.

Terdapat beberapa penyokong yang bertindak melompat ke atas bas ketika bas melalui bawah sebuah jambatan yang menjadi punca utama perakaran terpaksa ditamatkan.

Kerajaan telah mengumumkan cuti pada hari Selasa bagi meraikan kerjayaan pasukan negara tersebut menjulang Piala Dunia buat kali ketiga dalam sejarah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN