DNA dalam bola sepak merujuk kepada cara sesebuah pasukan itu bermain di dalam padang.
SemuanyaBOLA tertarik dengan perkongsian seorang jurulatih pasukan bola sepak wanita Duke University di Amerika Syarikat.
Nota editor: Video yang dikongsi adalah daripada twitter, jika anda tak dapat memainkan video secara terus, anda klik pada pautan (link) twitter tersebut
Dalam satu nota ringkas di twitternya, Erwin van Bennekom menyatakan:
“Sudah pastinya ia bukan satu-satunya cara, dan sudah pastinya ia bukan cara yang akan sentiasa berjaya, namun inilah cara kita (bermain).”
Beliau menegaskan yang pentingnya satu pasukan memahami cara bola sepak yang mereka mahu mainkan bukannya hentam keromo.
Berdasarkan pemerhatian kami beliau menerapkan sistem mini tiki taka di dalam permainannya dengan bukaan padang (pitch) yang lebih besar. Anda boleh rujuk jarak antara pemain.
Lihat video ini, di mana para pemain beliau sabar untuk mencipta ruang dan kemudian pada momen yang tepat mereka melakukan killer pass kepada pemain ‘hole’.
Mereka kemudian menyerang ruang di half space dengan permainan kombinasi.
Permainan kombinasi merujuk kepada variasi hantaran dan gerakan dalam satu masa.
https://twitter.com/coachevb/status/1051130530786361344
Ini satu lagi contoh, mereka memulakan gerakan daripada bawah. Mereka memecahkan zon padat (tight area) ataupun zon 14. Mereka tak mahu beroperasi di sayap.
Mereka mewujudkan 3 v 4 di sayap dan segera memecahkan zon padat. Tak lupa, penyudah itu memang padu, satu lencongan.
https://twitter.com/coachevb/status/1051132224639262721
Manakala ini pula gerakan yang membuka ruang daripada bek sisi mereka. Lihat pertukaran hantaran segera untuk mencipta dan memecahkan ruang.
https://twitter.com/coachevb/status/1051130802946347008
Apa yang boleh kita pelajari, pemahaman pemain ke atas corak taktikal berpasukan sangat penting.
Apabila kesemua orang memahami semua aspek itu, barulah permainan yang dikehendaki dapat dimainkan walaupun taktikal itu rumit.